Cinta Dalam Diam, OK ke?

Assalamualaikum kepada mereka yang sedang membaca entri ni, harini aku sangat2 gatal  berminat untuk kongsi pasal cinta dalam diam.


Aku tahu, ramai ja yang ada crush sana , crush sini. Nampak mamat hensem depan mini mart, terus jatuh hati kali ke-123455 .. haish, biasalah tu kan? Itu suka, bukan cinta

Persoalannya sekarang, ada ke cinta dalam diam?

Ada. Ya, ada.

Mak dengan abah aku dulu pun cinta dalam diam jugak. Grandpa aku cerita, abah aku selalu perhatikan mak aku balik kerja dari dalam kereta. Sweet kan? hehehe


Kalau betul tu cinta, kita mesti ada kekuatan untuk menjadikan  dia milik kita, macam abah aku, dia masuk meminang mak aku, dia selidik tentang latar belakang mak aku.

Okay, kalau lelaki yang mencintai dalam diam ni, aku rasa baik bagitahu je. Sebab apa? Sebab awak tu lelaki. Lelaki ni kena reject pon , susah nak nangis. Kalau sedih sangat, layan jelah DOTA, kan? Hahaha.


Kalau perempuan ni, kalau kena reject, nanti kerjanya menangis dan menangis sahaja. Dengar lagu sedih2, lepas tu expect yang bukan2, lepas tu nangis lagi. See? Buruk kan effect dia kalau perempuan kena reject lepas diorang confess? Lagipun aku tak galakkan perempuan confess pada lelaki sebab aku tengok pengalaman aku sendiri. Serius! Tapi aku taknak lah kongsi di sini, nak tahu, mesej ah. hahahaha. 
Okay, mari kita sambung balik. Cinta dalam diam

Okay , ni gambar sepasang kekasih yang saling mencintai dalam diam


Jap, mana boleh cinta dalam diam nama sepasang kekasih? hahaha.

Okay, masing2 malu nak mengaku perasaan sebenar masa ini *ini kisah benar*


Tapi , laki ni gatal sikit, ekceli bukan gatal, dia nak uji sama ada perempuan tu suka dia ka idok, maka dia pon buat2 lah suka kat perempuan lain. Dengan harapan perempuan 1 lagi tu akan rasa jeles. Jeles kan tandanya sayang *kononnya*

Tapi apa yang berlaku. Perempuan tu jauhkan diri. Kenapa? Sebab dia taknak ganggu kebahagiaan lelaki tu. Kenapa? Sebab dia mati2 ingat selama ni lelaki tu ada perasaan kat dia, so, dia taknak hati dia lebih terluka, dia pon mengundurkan diri. Tambah2 lagi lelaki tu 'minat' kat close friend dia, so, dia taknak lah hilang kawan kan?


Bila perempuan tu dah jauhkan diri dari lelaki tu, baru lah dia rasa sakitnya. *hahaha, padan muka* Dan dia ambik keputusan untuk tell the truth la . Dia confess kat perempuan. Dan teka apa jadi? Perempuan tu terima lah. Dah orang yang kita suka confess kat kita, gila ke apa nak tolak? hahaha



Kawan dia pulak macamana? Kawan dia rasanya dah ada partner sendiri dah ..


So, pengajaran dari cerita ni apa? lelaki, jangan buat kerja bodoh macam nak uji cinta perempuan tu pada kau, padahal kau tak pernah bagitau dia pon kau suka dia ke tak, sebab nanti perempuan tu ingat dia syok sendiri, sedih tahu tak?



Jadi, kalau rasa cinta tu sejati, kumpullah kekuatan untuk bagitahu si dia tu yang kau minat kat dia. Reject atau tak, tu belakang punya cerita.

Lagi bagus, kalau dah mampu , masuk meminang terus, lagi senang, lagi nampak keikhlasan hati tu , aku galakkan baca buku di bawah ni untuk lebih bersedia =)

dan kepada perempuan2 yang teragak2 untuk confess pada lelaki idaman tu, banyakkan lah berdoa, kalau benar dia jodoh kita, Insya-Allah, 1 hari nanti Allah akan gerakkan hati dia dan Allah akan buka mata dia untuk melihat kita. Sebab jodoh, ajal, maut, semuanya di tangan Allah kan?



Tapi kalau dia bukan jodoh kita, maknanya Allah dah siapkan seseorang yang jauh lebih baik untuk kita. Percaya dan yakin pada Allah. sambil menunggu jodoh tu, eloklah perbaiki diri kita ni, jadikan diri kita ni yang terbaik, muslimah yang solehah. Kenapa? Sebab Allah dah kata dah dalam Quran :


Semoga kita semua ditemukan jodoh yang baik2 ya kawan2 sekalian. Okaylah., setakat ini sahaja entri kali ni, assalamualaikum. 



 

Comments

Post a Comment