Kejayaan Yang Tertunda

Assalamualaikum , salam sayyidul ayyam (penghulu segala hari)

Alhamdulillah , 
Pada hari penuh barakah ni , aku dan kawan2 lain digezutkan (baca: dikejutkan) dengan result final exam. Debor aku dan kawan2 batch aku ni sebab ni last sem/final sem . Yelah , nak tentukan cuti ni pendek ke panjang la katakan :D

Dan Alhamdulillah , syukur Ya ALLAH , syukur , aku berjaya menamatkan diploma aku pada harini *ehehe ayat kemain puitis tuuu*



Walaupun mungkin tak segempak dan tak seterer makhluk2 yuaitiyem yang lain ~ tapi syukur Alhamdulillah , ini rezeki yang Allah bagi.

Dan aku sangat-sangat (x150juta kali) berterima kasih kepada mak dan abah , family , kawan2, pensyarah2 , dan manusia2 lain yang bersungguh2 memujuk memarahi memaki dan menasihati aku agar teruskan belajar dan jangan quit . 

Yela , sem lepas kan result teruk gila valves (dibaca:khinzir) , so sangat2 down , lebih dalam daripada 110 kaki ke bawah tanah down nya ~

Nampak tak melampau betul perumpamaan yang diberikan ? Tak nampak takpa

Aku nak cerita apa jadi sem lepas ni ~ tapi ringkas2 jelah sebab aku seorang pemalas. Ya pemalas tahap nak meninggal (baca: mampos)


22/9/2013 lebih kurang pukul 8.15 malam macam tu , aku dilanggar lari oleh 2 bijik kereta . Dan sebab kemalangan tu *eceh kemalangan, eksiden sudah* 

sebab eksiden tu, aku takboleh nak gunakan kedua2 tangan aku , patah laa senang cerita.






dan disebabkan aku eksiden 2 hari sebelum final exam , aku takleh ambik exam seperti yang ditetapkan :'( 




*MJ dah tak guna kan number ni? hahah - iklan sebentar *

Masa tu jujur cakap , sedih gila laa kan sebab takleh nak jawab final dengan kawan2 yang lain . And that semester is supposed to be my very last semester ~ tapi Tuhan ada rencana lain

Dipendekkan cerita, aku repeat 1 paper dari 4 paper yang aku ambik tu , dan aku takleh ambik sub paper sebab total semua ada 3 paper aku kena jawab. sub paper boleh ambik 2 paper ja

Masa tu memang secara dari lubuk hati , gua nak gitau , gua rasa macam nak bunuh diri ja, gua rasa macam tak berguna ja gua hidup atas dunia ni



Memang ramai laaa yang marah bila aku buat keputusan yang agak melulu dan tak matang tu . Ramai marah . Sir Hapes dengan Sir Tajul sampai ke rumah aku sebab taknak aku berhenti belajar . Yelah , tinggal sikit ja lagi kan nak dihabiskan. 1 sem ja katanya ~

Tapi ramai jugak yang bagi kata2 semangat dan perangsang untuk aku teruskan dan habiskan apa2 yang telah aku mulakan 








err lin macam sedih ja bukan marah. hahah. 

dan lepas golek golek ke sana dan ke mari , aku decide untuk teruskan apa yang aku dah mulakan . bak kata semua orang "Alaa 1 sem ja lagi" 

"1 sem ja lagi"

"1 sem ja kot"

"1 sem tu 4 bulan ja pon"

"elleh . sikit lagi "

bergema ayat2 ni kat gegendang telinga aku dengan rongga hidung aku , sampai luruh bulu hidung. hahaha




dan harini , Alhamdulillah , dengan tertulisnya "Complete" kat result tu , maka tamatlah segala-galanya.

Terima kasih dan Alhamdulillah 

dan nasihat aku kepada rakan2 yang dapat result kurang memuaskan tu , aku nak pesan , ingat, kita bukannya GAGAL tapi kejayaan kita ditunda oleh Allah sebab Dia tahu yang terbaik. Yakin pada Dia. 

Setakat ni ja penulisan kali ni :) 


Comments

  1. hoiii~~ nombor peberet akuu~~ TT.TT

    ReplyDelete
  2. hahahah. sabar ya millavenus~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah paie..tahniahhhh sgt2 sbb berjaya habiskn diploma dgn pointer 3.63..hhehe. Dekan tu..hhu. Allah bg ang result yg bagus dari sem2 sblumnya..semua tu hasil dari kesabaran ang..alhamdulillah n tahniah skali lg paie. Inshaa Allah kte grad sama2 k.. :)

    ReplyDelete
  4. Maaf la lmbt..hari tu da baca separuh tp ada hal pulak..terus terlupa. Ni baru baca blk :D

    ReplyDelete

Post a Comment