Kisah Aku dan Gigi


credit to TiBi

Assalamualaikum, harini adalah hari bertuah aku sebab gigi aku telah dicabut dengan "lembutnya", nasib doktor hensem,, kalau tak, tak kuasa I. Mengikut fakta, orang dewasa mempunyai 32 gigi kekal, dan aku telah kehilangan salah satu darinya (lap air mata yang mengalir perlahan-lahan- mood lagu Pergi oleh Aizat).








jauh kau pergi, wahai gigi, kedalam tong sampah, hahahaha, doktor tu tak bagi balik gigi aku, kalau tak, boleh tanam sekali dengan jenazah aku nanti, hehehe (tulis wasiat kat mak aku). 


Pagi ni dimulakan dengan senyuman lalu langkah penuh keyakinan ku aturkan menuju ke kelas     Ustaz Wafiq, dalam kelas tu tak bagi tumpuan sangat sebab dok kerja arrange jadual abang aku yang kononnya busy gila tu untuk datang fetch aku kat UITM tercinta ni. Selepas persepakatan dibuat, aku akan balik SEMASA lab class, eish, dahla favourite subject (huahuahuahuahuahua). Selepas habis CTU, kami semua gi lab terus sebab dah tak sabor nak main NFS(NurFaizahSahimi pun bolee).. need for speed underground 2 (berfaedah gilaa kan?? memang masuk pon time final exam ni :p)  


Masa kelas lab tu, abah call suruh turun (dia ingat aku kat kolej).. aku call balik lepas tu cakap ambik aku kat masjid, dalam 5 minit gak arr aku tunggu sebab abah tak familiar dengan route kat dalam UITM ni. Balik rumah dekat pukul 1 baru sampai (sebab abah yang drive, kalau anak abah,, hehehehe, faham2 jelah).. aku balik ja terus mandi, tukar baju, pukul 1.45 aku keluar rumah, pukul 1.50 sampai hospital  Klinik Kesihatan Kangar, daftar nama kat kaunter, tunggu tak lama, dalam pukul 2.25 baru aku dimasukkan ke bilik rawatan. Doktor hensem pon hensemlaa tapi apa kes aku kena bius 6 kali suntikan ni?? lepas keluar tu, rasa lawak pulak mulut takleh tutup.


Aku : Berapa ntah bil?
Pegawai : RM2
Aku : 10 ringgit?
Pegawai : 2 - sambil angkat peace, hehehe


Lepas bayar, aku pon turun la, nak balik la woii, memandangkan harini hari Klinik Ibu Mengandung, maka banyakla baby yang aku temui dikendong ibu atau nenek mereka. Apa yang aku perasan, baby lelaki dibalut kain biru, baby pompuan kain pink.. hurm.. patotla ramai budak pompuan zaman sekarang suka pink, slah sorangnya adalah eMJay.. hahahahaha




eMjay cun
 hahaha, sorang lagi nama dia Shiro Rara Kurus..

ustazah keding yang kurus

setakat tu jaa.. aku malas dah nak merapu panjang2.. buat tambah dosa jaa. hahahaha, bye3

Comments