hurm, assalamualaikum. Tengok tajuk, seram tak seram tak??? Fine, tak seram mana pon, sebab setiap hari ada ja makhluk Allah di dunia ni yang pergi menghadap Tuhan Pencipta Alam (Allah SWT).
Mati itu satu kepastian, setiap yang bernyawa pasti merasakan mati, cuma kita tidak sedar malah tidak tahu sama sekali bilakah tarikhnya dan bagaimanakah caranya kita mati. Seorang doktor sekalipun, tidak dapat mengagak dengan tepat, tempoh hayat yang masih tinggal bagi seseorang itu.
Tadi, aku tetiba ja terdetik di dalam sanubari ni nak suruh classmate aku post kat wall aku, anggap aku ni dah meninggalkan dunia ni. Kalau orang lain, mungkin ingat aku ni GILA, biarlah orang nak kata apa pon.. Kita selalu bagi penghargaan kat seseorang tu SELEPAS dia meninggal?? Kenapa TIDAK SEBELUM??? Apabila someone tu pergi buat selama-lamanya, kita akan dapat lihat, tidak sampai sejam, ramai yang post kat wall dia Al-fatihah, ucapan takziah, buat karangan sedih kononnya someone tulah manusia paling special dalam hidup dia. hurmmmm......
Satu hari nanti, aku akan mati jugak, tapi aku harap, pada hari pengkebumian aku, janganlah ada sapa-sapa yang menangis apatah lagi meratap, redhakanlah aku pergi sebab semua yang menyaksikan pengkebumian tu pon akan menyusul kemudian ke alam sana. Kepada mereka-mereka yang memandikan jenazah aku, terima kasih sebab membersihkan aku dan memberi aku peluang bertemu Pencipta dalam keadaan bersih. Kepada mereka-mereka yang menyiapkan keranda, terima kasih sebab siapkan kenderaan khas buat aku. Kepada sanak-saudara yang datang, jutaan terima kasih atas penghormatan terakhir yang diberikan.
Kepada keluarga aku (mak, abah, adik2, abang2)
Abah, akak pergi dulu. Akak mintak maaf sebab akak tak dapat nak jaga abah semasa abah tua nanti. Semoga abah sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah. Nanti kita jumpa lagi di sana.
Emak, orang yang sangat mulia dan orang yang bagi akak peluang tengok dunia ni. Mak, akak tak dapat nak sedekahkan doa untuk mak sebab akak pergi dulu. Mak janganlah menitiskan airmata lagi, cukuplah airmata mak yang dah mak alirkan sebab sifat kenakalan akak yang tak pernah nak berubah. Akak tahu akak seorang anak yang degil dan suka ikut kata hati. Maafkan akak ya mak??? Redhakanlah pemergian akak ni, kita jumpa di sana nanti.
Abang dan angah, sebagai anak laki, ampa dua jagalah mak dan abah baik-baik. Orang tak dapat nak jaga mak dan abah. Ampa buatlah yang terbaik dalam menjaga mak dan abah sebab ampa dua ada peluang tu yang Allah berikan.
Siti, Saifuddin, Solehah, adik-adik akak yang akak sayang sangat2. Akak tak dapat nak tunjuk ajar adik2 akak ni dalam proses kedewasaan ampa tiga. Walaupun akak dah takda, akak tak pernah hilang dari hati ampa semua. Tolong jagakan mak dan abah untuk akak. Ni amanah dari akak tau. Love all of you.
Untuk kawan-kawan (sekolah, universiti)
Tikah, Pqah, Pana n Nai. Besties forever, itulah slogan yang merapatkan kita lima. Aku minta maaf kalau selama hampir lima tahun kita berkawan, aku ada terbuat salah atau tercakap benda-benda yang dah menyakitkan hati semua. Aku sayangkan ampa semua tapi Allah nak jemput aku dulu. Aku harap ampa tak nangis, terutamanya Nai dan Tikah, kita berpisah di mata, tapi di hati, kita selalu bersama. Piqah dan Pana, ampa dua berjiwa kental, jadi tolong jagakan Tikah dan Nai. Aku mintak maaf lagi sekali dan terima kasih atas segalanya.
Classmate terbaik, MJ,Lin, Shiro, Diela, Nad, Aqilah, Aini, Fatimah, Yani, dan tak lupa juga blurberry atau zahidah. Korang yang terbaik pernah aku jumpa. Segala kenangan kita bersama akan sentiasa hidup selagi mentari masih bersinar dan bulan masih menerangi malam. Kita juga akan berjumpa di sana nanti, teruskan perjuangan yang tak sempat aku habiskan.
Kawan-kawan yang lain, apa yang aku pinta hanyalah doa yang dikirim dan selalulah menziarahi pusara aku, semoga persahabatan kita kekal abadi. Amin...
Selepas siap tulis wasiat di atas plus baca balik wall post classmates aku tuh, rasa air hangat menghiasi tubir mata ini. Perpisahan itu sakit, inikan pula perpisahan yang abadi.
Seandainya kematian menjemput aku, aku harap wasiat aku di atas ditunaikan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
wallahualam...

Comments
Post a Comment