Workstation Upgrade - After more than a year WFH

 Hello, Assalamualaikum semua. 


Setelah lebih setahun (since Feb 2020) working from home, finally aku decide untuk upgrade workstation aku. 

Sebelum ni aku guna apa yang ada kat rumah je. Ni gambar workstation aku sebelum upgrade (menyedihkan bukan?) 


Meja tu aku ambik dari bilik angah. Keyboard, mouse, monitor semuanya aku bawak balik dari ofis. And ruang untuk aku menulis agak sempit dan tak ergonomic langsung (lol)

Memandangkan company aku pun ada sediakan budget untuk setup workstation yang bagus ni, jadi aku ambil kesempatan untuk menyediakan tempat yang selesa untuk aku cari rezeki.

Sehari sebelum raya haritu, aku pergi ambik satu lagi monitor aku kat ofis sebab boss aku cakap sayang la kalau nak hantar untuk pelupusan sebab monitor high end, so dia suruh aku amek guna kat rumah je. Alang2 dah bawak balik monitor baru (jadi dua monitor), dan aku juga ada bawak balik desktop aku, aku pun rasa dah tiba masanya untuk aku upgrade workstation aku secara serious (lol).

Ini keadaan mouse and headset aku sebelum di upgrade. Sedih bebenor. Mouse ni best tapi tulah dah 4 tahun guna ni dia dah gelong, kejap okay kejap tak okay. Aku suka mouse ni sebab dia boleh guna untuk banyak device. Headset pulak aku suka sebab warna dia tapi dia wired n tengoklah rupa dan keadaannya, menyedihkan betul, demotivated aku nak siapkan kerja. 





Kalau perasan ada 2 keyboard kan ? Sebab satu guna untuk desktop and satu untuk laptop. Desktop aku ni takde bluetooth takde wifi so memang semua kena guna wire je (adeh). Ini lagi la menguatkan azam aku untuk upgrade workstation aku ni ha. 

Setelah survey2 dan tengok kepada budget yang aku ada, aku pun beli lah semua benda yang diperlukan. Ambik masa dalam 2 minggu jugak untuk semua benda sampai (sebab ada yang ship dari China). 

Semua perabot pasang sendiri (meja, monitor holder). Abah n adik2 aku la banyak membantu mengemas and memasang and mengemas balik lepas pasang semua tu. Susun atur tu aku dah draft dalam kepala sebelum checkout semua barang, sangat puas hati bila dapat lebih kurang sebijik dengan apa yang dirancang Alhamdulillah

Ini la keadaan lepas dah setel susun atur





Gambar ni diambil sebelum mouse, keyboard and new headset sampai. Meja ni walaupun murah tapi kualiti dia mantap jugak. Ni gambar mouse, keyboard and headset baru. Mouse and keyboard both boleh guna untuk multiple devices (sampai 3 devices sekali connect). So takda masalah aku nak guna untuk desktop and laptop dalam masa sama, sangat berbaloi investment aku kalini. 




Ni roughly aku spent untuk makeover ni. Bukan sikit2 ye. Nasib intel payung RM2k, so aku topup lah yang lebih2 tu, untuk keselesaan aku bekerja jugak, jadi aku tak rasa benda ni membazir.



Harga yang aku list kat sini tidak termasuk wifi adapter untuk desktop aku, dual HDMI Adapter supports (untuk expand screen ke 2 monitor aku). Dua ni aku beli dari poket sendiri lah. Hahaha



Memula aku beli HDMI splitter tapi dia buat 2 monitor aku showing same screen, memang lah murah tapi tak function macam aku nak, buat apa ? Lol.

Anker ni harga dalam RM120 camtu, serious berbaloi, nak buat kerja pun senang hati. 

Untuk wifi adapter pulak aku beli TP-Link Archer T9UH - AC1900. Guna ni, dia punya wifi berdesup pergi weh, serious tak tipu. Harga dia RM169. 

Dah setel bab workstation, now tengah otw nak buat mini pantry dalam bilik, senang kalau nak minum ke kudap2 ke takpayah jalan jauh pergi dapur, hahaha. Nanti dah siap aku post gambar mini pantry pulak. 

Okaylah sampai sini dulu entry kalini. Tata

Btw I can meet people face to face again in 2022 :’( saddd … till then, stay safe everyone 

Comments