Selamat Hari Raya

apabila makcik-makcik dah keliling dalam rumah memasang itu, mengubah ini, mengatur sana, mengemas sini; dan pakcik-pakcik pula sibuk keliling luar rumah, mencari itu, mengecat ini, memasang sana, membersih sini.. itu tandanya kita nak RAYA !!!!!!! hehehe.. bila raya ja semua best, kan?? Baju baru, kasut baru, tudung baru, duit baru, kereta baru, rumah baru.. dan boleh dikatakan serba-serbinya baru..

tetapi ingatlah, dalam kita menyambut hari raya dengan riang, kita hendaklah bersederhana.. jangan sampai membazir, ingatlah, ramai lagi di luar sana yang tak berpeluang menyambut lebaran seperti kita..

macam muka Mirul plak, hahahaha, (eh, tak baik, dah nak raya ni)

Aku dan family tahun ni cuma sambut secara sederhana, harini abah pergi sembelih seekor lembu, abah cakap :"Raya macam ni, elok kita sedekah, dapat pahala orang makan". Aku cuma terdiam.. taktau nak cakap apa.. yang pasti, walaupun seekor lembu yang tumbang, hanya beberapa kg ja yang akan sampai ke rumah aku nanti.

Hanya itu ja aku nak ucapkan... selamat hari raya, maaf zahir batin, lupa pulak,, malam ni Insya-Allah, aku akan post video salam perantauan...


akhir kata, jangan menyanjung kekayaan harta, tapi sanjunglah kekayaan budi; kerana itulah yang akan kekal sehingga kita mati.. Insya-Allah

Comments