Dalam dunia ni, sebutlah macamana hodoh atau macamana kacak pun seseorang tu, mesti dia NAK KAWEN dan YA, AKU TERMASUK dalam KATEGORI NI. Ya, memang betul, kahwin bukan janji syurga tapi kahwin dapat menenangkan jiwa (cececece, gaya macam nak nikah esok ja -sukahati aku arr, ni blog sapaa??)
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : keturunannya, kekayaannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, kerana akan beruntunglah kedua-dua tanganmu
-Riwayat Bukhari dan Muslim..
Kalau musim cuti2 sekolah ja, mesti banyak jemputan kenduri yang keluarga aku terima. Pernah sekali tu, sampai 6 kenduri dalam 1 hari. Jadi, sebagai ketua keluarga, abah mengagihkan ahli keluarganya yang ramai (oh, cweeeet cangat~~~~) kepada dua kumpulan (selalunya) dan menghadiri semua jemputan. Mak dan abah aku selalu kata,"Bila kita dapat jemputan kenduri, kita kena pi sebab nanti kita pulak buat kenduri, takdak sapa nak mai. Dahla ampa ni sorang pun tak lepas lagi". Hurrmm,, orang dulu kenduri cukup meriah, 3 hari sebelum kenduri lagi dah berkumpul dah sanak saudara nak tolong itu ini yang tak siap lagi. Orang sekarang kahwin, masak catering, bunga telur pa semua tu upah ja, kad kawen dah makin pupus, main sms jaa.. Dulu2, memanggil dari 1 rumah ke rumah yang lain, haih...penat kan??

kan best kalau diarak dari masjid ke rumah diikuti paluan kompang, hahaha (berangan)
kad kahwin aku suatu hari nanti (Insya-Allah)
ni versi ringkas, dari belakang pon dah nampak kehenseman lelaki itu a.k.a en. husband
Kalau aku tanya 10 perempuan,ciri-ciri lelaki idaman.9 darinya akan jawab hensem. Tetapi sebenarnya perempuan sebagai makhluk yang lemah memerlukan seorang penjaga yang boleh menjamin keselamatannya.
Bagi akulah, ciri-ciri lelaki idaman yang harus ada pada encik husband ialah :
1) Bertanggungjawab
Abah selalu kata lelaki sejati adalah lelaki yang bertanggungjawab, setiap kata yang diucapkan mesti dikotakan. Apabila sesuatu perkahwinan tercipta, encik husband bertanggungjawb sepenuhnya terhadap puan wife (menyediakan tempat tinggal, makan pakai yang cukup dan keperluan lain)
2) Beriman
Ciri ni penting bagi menjamin keturunan yang baik. Seorang suami merupakan ketua dalam organisasi rumah tangga. Seorang ketua haruslah mengepalai angkatan keluarga menuju ke jalan yang lurus, jadi kalau ketua pon tunggang langgang, apatah lagi anak buah, kan?? Nauzubillah...
3) Rupa paras
Rupa paras ni tak penting sangat, asalkan sedap dipandang mata cukuplah. Taknaklah yang jambu sangat, tambahan pula perempuan yang biasa-biasa macam aku ni. Cukuplah seorang yang biasa-biasa jugak. :)
4) Memahami
Perempuan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan kebolehan bercakap tanpa henti atau bahasa ringkasnya berleter. Encik husband haruslah memahami dan membiasakan diri dengan perangai Puan isteri. (sorry en. husband, puan wife memang suka bercakap)
Setakat itu saja yang mampu aku listkan.. dan itu merupakan ciri-ciri utama laa
Manusia tak sempurna.
Allah ciptakan manusia dengan dua jantina.
Satu jantina melengkapkan jantina yang lain dengan ikatan PERKAHWINAN.
Kepada cousin2 aku yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, semoga bahagia ke akhir hayat (aku akan menyusul beberapa tahun lagi, Insya-Allah)
Oh ya, mungkin ada yang kata en.husband tu dah wujud, sebenarnya tidak, belum lagi, serius!!
Kepada perempuan yang ada rasa terpaut hati pada mana2 jejaka tu, selalulah berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati jejaka itu untuk menerima kasih yang korang hulurkan.
Antara contoh doa (bahasa Melayu jelaa):
"Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian yang berlaku di muka bumi ini, segala yang berada di hatiku di dalam pengetahuanMu Ya Allah. Ya Allah, andai benar nama si dia jodohku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, bukakan pintu hatinya untuk menerimaku dan andai dia bukan jodohku, Kau redhakanlah hatiku untuk melupakannya. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berharap, tiada tempat pergantungan selain kepadaMu. Kabulkanlah permintaan ku ini, Rabbana Atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina aza bannar.Amin"
Amalkanlah doa di atas setiap kali selepas solat, Insya-Allah, jika ada jodoh, Allah akan bukakan jalannya. Tambahan di bulan Ramadhan ni, permintaan kita akan lebih mudah diperkenankan Allah.
Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik suatu hari nanti.
sekadar renungan:
Akhir kata, dah kawen nanti jangan lupa jemput yaa??
Akhir kata, dah kawen nanti jangan lupa jemput yaa??
=)
ReplyDelete=) =)
ReplyDelete