Saat Terakhir Bersama

Tak payah nak buat muka pelik sangatlaaa tengok aku punya tajuk.. sukahatilaa nak tulis tajuk apapon.. sebenarnya malam ni adalah saat terakhir bersama miss Hanisah!!!!!!Oh, kenapa harus ada perpisahan setelah munculnya pertemuan.. sayunya hatiku ini ibarat dihiris sembilu yang baru diasah (sembilu boleh asah ka?? mungkin boleh??!! Kita tak tahu kan?? -hiperbola)..apabila miss cakap "Okay, malam ni malam last kelas kita untuk sem ni".. oh, kata-kata itu bagai anak panah menusuk jantung... huhuhu.. nilah akibatnya bermulut masin.. petang tadi sebelum kelas miss aku cakap, "entah2 malam ni miss akan cakap 'malam ni last class', hahahahaha".. tak sangka jadi kenyataan..
kesian Mirul, tak dapat bersama-sama berpisah dari Miss Hanisah.. huhuh (part ni paling syahdu). Jadi pada malam terakhir ini (macam nak mati ja, buat TEROK);;; kami pun membuat latihan yang diberi dalam suasana yang amat 'senyap, sunyi, suram, dan yang sama waktu dengannya'.. huhuhu..aku sebagai makhluk yang berada di barisan hadapan di dalam kelas tersebut, amat merasakan kehilangan ini.. begitu juga dengan 3 orang lagi, yang turut berada di barisan hadapan -Mj, Shiroo.. dan jugaakk Yani... uhh,, seksanya ibarat menahan sebeban assignment di atas kepala.. jadi aku dan shiro dan Mj telah melahirkan kesedihan kami melalui kertas kajang (bukan made in Kajang, okay??) berdasarkan kekereativitian kami..


gila2 betoi gilaaaaaaaaaaaaaa
hahahaha.. bacalah sendiri apakebenda yang KAMI merepek itu.. dah pukul 2 pagi laaahh weyy.. tak sedar ponn.. Oh ya, sebaik sahaja aku keluar kelas, aku menjerit, "Yeay!! Dah habis kelas,, takda dah kelas malam, ahahahahaha".. =)

Comments