Kepada : Bakal Mak Mertua

Assalamualaikum Puan Mertua,


Saya sebagai menantu, oppss,, bakal menantu menulis surat ini kepada Puan Mertua atas beberapa sebab. Antaranya ialah :


1. Memasak
Saya ni tak pandai sangat masak. Tapi, kalau setakat nak makan kecil-kecilan tu, Insya-Allah boleh diusahakan, kalau masak seekor lembu tu, tak dapat den nak nolong. 


2. Mengemas rumah
Hah, bab ni Puan Mertua jangan risau, ibu saya dah train saya cukup2 dalam bab ni. Dari basuh pinggan, jemur kain, basuh kain, sapu sampah, sapu sawang, DLL, semuanya saya dah dapat sijil yang disahkan. 


3. Menjaga anak
Er,, Puan Mertua, bab ni kita bincang lepas setahun rumahtangga terbina, boleh?? Saya belum bersedia, hehehehe


4. Ambik hati
eiish, saya ni takpandai sangat bab2 nak ambik hati ni, tapi saya janji dengan Puan Mertua, Puan Mertua boleh pilih 1 minggu (7 hari) untuk saya menginap di rumah Puan Mertua dan menjalankan kerja-kerja seorang perempuan. Sewaktu itulah, saya akan memikat hati Puan Mertua dengan kelembutan saya.


5. Cinta
Puan Mertua, andai ditakdirkan Encik Abang a.k.a anak Puan Mertua sebagai suami saya, saya akan setia MENCINTAINYA dan KELUARGANYA hingga ke akhir hayat saya. Bukankah apabila kita berkahwin, kita berkahwin dengan keluarganya sekali??


6. Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan ni Puan Mertua, tak payahla nak grand livina sangat, buat biasa2 sudah. Kita settle yang wajib dulu : Akad Nikah. Yang lain tu, kita bersederhanalah. Tapi, kalau Puan Mertua nak buat besar-besaran jugak, saya ikutkan saja, bukan guna duit saya pon, kan Puan Mertua? Bab hantaran apa semua tu, datanglah berbincang dengan ibu bapa saya...


7. Tempat Tinggal selepas Kahwin
Puan Mertua, saya bukan tak suka tinggal dengan Puan Mertua, suka SANGAT2.. Tapi, biarlah saya dengan Encik Abang berdikari di rumah kami sendiri. Puan Mertua janganlah risau, 3 minggu sekali, saya akan pujuk Encik Abang melawat Puan Mertua. Puan Mertua pon dah macam mak saya, kan?


8. Tentang Diri Saya
Saya seorang gadis yang sederhana. Tidak lebih pada kecantikan, kepandaian, mahupun harta. Saya akui kelemahan yang saya ada, namun saya sentiasa berusaha membaiki diri saya, kalau tak , takkan saya masuk Guardian untuk beli produk kecantikan? Takkan saya bersengkang mata di malam hari membaca buku? Takkan kan? Saya yakin, dengan pendidikan agama yang Puan Emak dan Encik Abah bekalkan kepada saya sejak saya lahir, akan saya gunakan sepanjang hayat saya bersama Encik Abang dan untuk mendidik anak-anak kami a.k.a cucu2 Puan Mertua. Saya bersyukur sekali, kerana dengan kekurangan dan kelemahan yan saya ada, Puan Mertua dan Encik Abang masih sanggup menerima diri saya (terharu ni). Saya harap, Puan Mertua tunjuk ajarlah saya seperti anak sendiri, sayangilah saya dan janganlah sesekali mendera saya. Saya menyayangi Puan Mertua setulus hati saya.. dan saya anggap macam emak saya sendiri. Kita berjumpa nanti, Puan Mertua.


Yang Ikhlas
Menantu.

Comments