Mama

harini aku belek2 kalendar dalam handphone (handphone la katakan, tak berani nak main yang advance2 takut rosak, jadi tengok kalendar ajelah. ceh =.=' , baik takyah beli handphone).


Harini 18/4/2012
Lagi 4 hari , 22/4/2012 merupakan hari lahir ibu saya yang ke .... (maaflah mak saya tak bagi bagitahu berapa usianya).


Aku tengok dalam beg duit. Adalah setakat RM50. Takkan nak mintak duit kat mak untuk beli hadiah kepada mak? Dengar tak logik kan? Mintak kat abah? Silap2 dia bagi ceramah agama, terus hilang tanduk atas kepala aku ni haa..


okay, gambar ni huduh, ambik yang elok sikit


inilah mak saya yang saya sayang sangat2.. 


Aku takda apa2 nak bagi kat mak . Apa yang aku adalah cumalah sedikit nukilan (dari Facebook)



Ibuku : Sahabatku, Penyelamatku, Kekasihku dan Duniaku


Puan Ku Nurulhuda Ku Ismail, isteri kepada Encik Sahimi Abidin, ibu kepada Mohd Najahuddin, Faiz Sahimi , Nurfaizah Pakcik Sahimi, serta 3 anaknya yang lain akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke - (rahsia) pada 22/4/2012 ini. 


Pengorbanannya sebagai ibu dan ibu tidak seharusnya dilupakan selamanya.


Mak, mummy, ibu, bonda, mama ....


Tiada apa yang mampu anakmu ini berikan sebagai hadiah hari lahirmu. Anakmu ini bukan penyair yang mampu mengeluarkan bahasa yang indah menggambarkan kata-kata. Anakmu ini bukan hartawan/ jutawan yang mampu memberikanmu segunung emas. Anakmu ini juga bukan cerdik pandai yang mampu mengubah kaca menjadi permata buat menjadi hadiah untuk diberikan padamu. Apa yang anakmu ada hanyalah sekeping doa yang anakmu ini titipkan setiap kali solat agar Allah memanjangkan doa ibu, agar anakmu ini dapat terus berbakti kepadamu, agar Allah berikan kekuatan kepada ibu, untuk menangani kenakalan anak-anakmu, agar Allah berikan kesihatan yang baik untukmu, agar anakmu ini dapat terus mampu melihat senyumanmu, agar Allah limpahkan rezeki yang banyak untukmu, agar kau mampu memiliki semua impianmu, dan akhir sekali, agar Allah ampunkan segala dosa-dosamu ibu, kerana ibu merupakan wanita terhebat yang pernah anakmu ini kenali sepanjang hidupnya. Ibu yang sentiasa ada senyuman di dalam keletihan, ketegasan dan kesakitan. Tiada pengganti ibu di dunia ini. Hanya ibu saja satu-satunya ibu di dunia ini dan selama-lamanya. 


Ketahuilah ibuku, anakmu ini sangat mencintaimu dan menyayangimu sepenuh hatiku. Selamat hari lahir.

Comments