Karma









Okay. Apa tu karma? Apakah ianya sejenis buah? tak, itu buah kurma


Karma ini menurut definisi Paie ialah balasan kepada sesuatu perkara buruk yang kita lakukan. Tidak kiralah kepada kucing Mak Embong, pasu bunga Mak Embong atau Mak Embong sendiri.
*siapakah mak Embong? manalah aku tahu*


Mungkin akan ada yang kata, "Woi, karma tu diamalkan dalam agama Hindu ajalah. Apa percaya benda karut2 macam ni? Syirik tau tak? Dosa besaqqq masuk nerakaa!!"


Tuudiiiiaaaaa aiiiihhhhh.. sesenang ja nak menerakakan orang... 


Aku guna perkataan "karma" tak semestinya aku percaya pada benda tu kan?


Macam contohnya, kita kena buat karangan / essay BI yang ada kaitan dengan agama lain. Adakah kita percaya pada agama lain tuu? Tak kan? Semoga Allah teguhkan akidah kita


lagipon, dalam agama Islam sendiri, ada disebut tentang HARI PEMBALASAN. balasan syurga kepada yang banyak pahala dan balasan neraka kepada yang banyak dosa *definisi upin dan ipin*


'Barangsiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarah akan dihitung dan barangsiapa yang buat kebaikan walau sebesar zarah akan dihitung"


Zarah tu apa? zarah tu dalam bahasa inggerisnya particle.. maknanya sekecik2 benda di seluruh planet ni namanya zarah Kalau orang nama Izarah tu bukan maknanya dia sekecik2 orang di planet ni yaa.. tolong faham


Ikut cakap ustaz serta ustazah yang aku pernah berguru dengannya dahulu.. 


"Orang Islam masuk syurga dengan rahmat Allah"


Jadi, Allah akan bagi rahmat kepada sesiapa yang dia kehendaki, So, banyak2laa berdoa.


Okay, sambung cerita pasai karma *takyah tukaq2 dah channel, lempaq remote pi jauh*


Okay, sekarang semua pandang atas.. nampak tak ada awan tu? Alaa.. yang tengah membesar tuu... mari kita flashback


*okay, sebelum tu,,, bagi sesiapa yang nak background music, tolong pasang lagu sesal mendua - klangit , maaf iklan sebentar, okay sambung balik*


Dulu kan, aku selalu anggap yang aku ni baik dengan semua orang, tak pernah sakitkan hati orang, aku jela orang yang banyak mudahkan kerja orang lain.


Sampailah ke suatu harii... yang tak berapa tenang... ada orang sakitkan hati aku, ada orang buat aku rasa terHINA sampai aku rasa diri aku tak lebih dari SAMPAH.


Waktu tu aku cubalah kerah otak aku ni, "kat manalah aku buat salah kat dia". "aku sendiri tak pernah buat jahat macam ni kat orang"


Jadi, sudahnya , aku pon cakap dia KEJAM, TAKDA PERASAAN, MENYAKITKAN HATI, TAKLAYAK HIDUP ATAS DUNIA NI


Aku teruskan hidup dan aku rasa dialah orang paling jahat di dunia ni...


Sampailah ke hari ni kan, 


Aku dapat tahu something


Aku PERNAH BUAT PERKARA YANG SAMA KAT SESEORANG YANG LAIN SEJAK 2 TAHUN YANG LALU.


Sekarang ni.. adakah aku akan cakap aku ni KEJAMTAKDA PERASAANMENYAKITKAN HATI, TAKLAYAK HIDUP ATAS DUNIA NI???!!!


So, aku jadi speechless... 


Waktu ni aku cakap, "Ala,, takdalah teruk mana aku buat nak dibandingkan dengan _________ buat kat aku"


dan seorang kawan aku cakap;


"Macam tulah dia cakap bila dia buat macam tu kat kau"


So, aku cakap orang lain JAHAT!!


TAPI itu SEMUA BAYANGAN DIRI AKU SENDIRI!!


Aku decide nak mintak maaf, mungkin aku tak sedar aku salah. Aku harap, aku tak buat macam tu kat sesiapa.. mahupun dia.. apatah lagi orang lain


*berdasarkan gambar* mungkin aku tolak tile tu 2 tahun yang lalu dan yeahh setelah 2 tahun, tile tu kembali menimpa aku.. good picture that shows how karma actually works


Okay... mungkin waktu ni ada orang nak cakap lagi...


"kata tak percaya.. tapi ni macam percaya jaa"


bukankah setiap perkara yang kita buat tu ada balasannya? kalau Allah tak balas di dunia, Allah balas di akhirat


dan untuk kes aku ni, Allah balas di dunia.


Jadi, apakah tujuan utama aku tulis benda ni?


Aku nak orang di luar sana sedar.. 


Kadang-kadang kita rasa kita ni dah perfect, sempurna, takda cacat celanya, takda buat salah kat orang,takda menyusahkan orang.. senang cerita malaikat sebelah kiri kita ni dok relax ajalah kan..


TAPI!!!.....


CUBA SEMAK BALIK... REWIND balik TAPE kita tu.. mungkin ada yang kita TERLEPAS PANDANG.


kadang-kadang kita rasa kita ni baik tak sangga2 dah.. tudung labuh kalah telekung, pakai purdah lagii... stokin takpernah takpakai, solat tak pernah tinggai,, tak cukup yang wajib, sunat pon ada.. masjid tuu .. boleh kata dok nampak muka kita ja setiap waktu


TAPI...


Jaga hubungan dengan Allah tak bermakna kita dah jaga hubungan kita dengan 2 kelompok lagi.. iaitu hubungan dengan MANUSIA dan dengan ALAM SEKITAR




apa guna sembahyang lima waktu kalau jiran sebelah kita takpernah senyum kat dia?
apa guna tutup aurat elok tapi mulut dok mengata sini sana?
apa guna selalu ke masjid tapi cakap ibu bapa selalu derhaka?
apa guna baca Alquran satu juzuk sehari kalau kucing kelaparan dibiarkan sahaja?


kadang-kadang bukan kita taktahu.. tapi kita terlupa.. biasalah.. manusia... 


Harapan aku .. kalau kita sekarang tengah tension, bergaduh dengan sapa2 atau terasa hati dengan sikap sesiapa.. check balik, semak balik diri kita ni.. harap-harap kita sedar kesalahan kita sendiri,


Kalau dah confirm, yakin, pasti.. memang takda buat macam tu kat orang lain.. berdoalah, agar Allah lembutkan hati si pelaku ,, agar dia boleh berubah,.


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum *lupa nak bagi salam tadi*





Comments