Kisah Dendam, Benci, dan Pisang =)

sumber imej : Google

Assalamualaikum

Harini aku nak ceritakan kaitan dendam, benci dan pisang.
 Apakah kaitan dendam, benci dengan pisang?

Adakah aku mendendami pisang?
Adakah aku membenci pisang?

Oh, semestinya tidak! Aku memang gila pisang kot.. Kalau tak makan pisang dalam seminggu boleh sasau kot.. *yeke? kat kolej elok jee aku*

Pisang ni kalau dibuat kek, memang feberet aku.. yelaa, sampai aku bagi syarat, siapa yang nak masuk meminang aku kena sediakan hantaran kek pisang resipi abah aku.. bersyarat tau, takmau kek pisang tepi jalan..

Okay, sambung pasal hubungan pisang dengan dendam dan benci.

Dendam muncul setelah muncul pisang..setelah muncul benci...

Pada suatu hari yang tenang, aku tengah makan pisang seperti biasa..

Lalu abah yang melihat pisang dan aku tuu.. abah pon katalah kat aku,

"abah ada cerita pasal pisang yang abah nak cerita.."

"Alaa.. akak tau dah, abah jual pisang pastu tak laku kan?"

"Tu bukan pisang, tu jambu, jauh bezanya tuu"

"Oh, okay, habis tu cerita apa"

Ceritanya begini....

Ada sebuah sekolah, yang mana pelajar-pelajarnya sering bergaduh, tak boleh nak bekerjasama. Pada suatu hari, sekolah ni menerima seorang guru baru. Guru ini diberitahu mengenai masalah murid-muridnya yang tidak mahu bekerjasama itu. lalu guru itu pon membuat rancangan bersama ibubapa murid2 tersebut.

Dalam kelas, guru tu pon buatlaa pengumuman :

"okay, murid-murid, sila angkat tangan siapa yang ada musuh atau ada dendam atau ada benci kat sesapa pon laa, termasuk cikgu yang innocent ni, keh3"

Seluruh kelas pon mengangkat tangan.

"Baiklah. Cikgu nak kamu buat 1 kerja individu. Kamu suka kan?"

Semua pelajar mengangguk-angguk setuju.

"Jadi, cikgu mahu kamu semua membawa 1 pisang sekiranya kamu benci atau dendam atau bermusuhan dengan seorang. Kalau 2 orang, 2 pisanglah, dan begitulah seterusnya. Cikgu tak marah tau kamu nak berdendam, yang penting kamu mesti bawa pisang yang sama, tak boleh tukar, setiap hari ke sekolah"

Murid-murid pon melonjak kegembiraan kerana akhirnya ada jugak cikgu yang memahami mereka.

Lalu mereka pon membawa pisang seperti yang diarahkan oleh guru tersebut. Ada yang 5 pisang, ada 1 pisang, ada 3 dan ada jugak mencecah belasan pisang. Semua pelajar mempunyai amaun pisang yang berlainan.

Seminggu berlalu .....

Mulalah terdapat pelajar yang merungut

-"Cikgu, busuk la beg saya ni cikgu dengan pisang2 yang tak berganti ni"

-"Beratlah cikgu nak bawa setandan pisang ni datang sekolah setiap hari"

-"Cikgu, gelilah tengok kulit pisang tak cukup oksigen ni yang dah hitam2 ni.. euuww"

Cikgu tersebut just senyum ke arah pelajar-pelajarnya lalu berkata:

"Busuk kan? berat kan? Macam itulah peribadi kamu dan perasaan kamu selagi mana kamu menyimpan dendam, benci dan bermusuhan. Pada mulanya, memang semuanya nampak elok, cantik, dan sempurna. Tapi, setelah sekian lama, kamu akan nampak kesannya. Ini baru seminggu cikgu suruh bawak pisang, dah merungut, kalau sebulan ..."

"TAK NAK!!!!!" semua pelajar menjerit serentak

Lalu, atas nasihat guru tersebut, pelajar-pelajar pon meminta maaf sesama mereka dan berjanji akan bekerjasama selepas itu.

Note : Pisang itu manis, jangan lah kita biarkan ia buruk dan busuk...

Jadi, readers sekalian, kalau rasa nak simpan pisang lama2 , buatlah kek pisang yee? Confirm tak busuk dan buruk, cuma berisiko diburu oleh semut2 nakal sahaja.. Okaylah, semoga ketemu lagi,Assalamualaikum.


Comments