Assalamualaikum. Tengah buat apa tu?
Tengah buat apa pun tak kesah laa.. asalkan anda masih ingat lagi siapa yang menjadikan anda mahir melakukan perkara tersebut. Siapa orang itu? Orang itu panggilan mudahnya guru/pembimbing/pendidik.
16 MEI merupakan tarikh yang disediakan khas untuk meraikan hari guru..
*okay, cukup2 la ayat skema*
Sebenarnya kan, sejak aku cuti sem ni, aku tak pedulikan sangat "hari ni tarikh berapa haribulan" @ "hari ni hari apa?" @ "cuti ke sekarang?"
Hari yang aku perasan ialah :
1. Hari dapat result
2. Hari Jumaat
3. Hari Sabtu & Ahad
Hari lain.. langsung tidak aku pedulikan. hahahaha
Jadi, macamana tiba2 aku boleh aware pasai hari guru ni? Adakah sebab mak aku merupakan salah seorang guru dan esok aku akan tolong mak aku bukak hadiah yang melambak-lambak?? Itu hanya akan kusedari esok lepas mak aku bawak balik hadiah
Aku sedar akan kehadiran ini apabila petang tadi aku kena teman mak pergi Yen Gallery belikan hadiah untuk guru-guru kepada Saif N Solehah.
Okay, nostalgia masa aku sekolah dulu, aku belikan hadiah cikgu-cikgu aku kat kedai RM2. Kalau aku dah takda bajet sangat, aku beli ja pen sebatang sebab mak aku cakap, pen ja yang akan cikgu gunakan, yang akan jadi sesuatu yang bermanfaat untuk cikgu tu.
Aku ingat lagi, masa hari guru, dimulakan dengan perhimpunan. Ucapan tu.. ucapan ni. Okay, aku terus terang, aku bawak handphone masa hari tu.. Aku tau aku salah okay sebab langgar peraturan sekolah...
Selepas perhimpunan yang sumpah boring gila tu.. cikgu-cikgu dan pelajar akan buat aktiviti bersama-sama. Antara aktivitinya ialah main isi air dalam botol, kaki gajkah, orang tua naik basikal dan sebagainya *maaflah aku tak dapat nak ingat semua, banyak aku dah DEL. *
So, selepas aktiviti bersama murid-guru tu.. aktiviti untuk guru SAHAJA pulak.. So, masa aktiviti gur-guru ni laa handphone aku menjadi sumber penyumbang agar aku tak boring sampai masa balik.
Selepas habis semua aktiviti, masa inilah aku dan kawan-kawan akan cari guru-guru dan bagi hadiah. Selalunya hadiah yang dibawak confirm habis punya.. Pada asalnya hadiah tu nak bagi kat cikgu lain, tapi disebabkan cikgu tu takdak N not available at that moment di mana aku nak habiskan hadiah tu segera, maka, beruntunglah guru-guru lain yang takda dalam list yang berada di sekitar situ.. HAHAHAHAHA.
Hurm.. tapi hadiah yang takleh blah nya kan.. aku bagi hadiah tupperware cap kaki 3 kat cikgu aku dengan teko kecik kat cikgu2 aku. dan barang-barang ini aku peroleh dari kedai RM2. Tapi serius oh, sehari sebelum hari guru, memang kedai RM2 tu full dengan orang ramai, pakat-pakat nak beli hadiah hari guru.
Sebagai seorang guru, mak aku pernah berkata :
"Walaupun hadiah tu tak mahal, tak bernilai, namun cikgu tak pandang semua tu, apa yang cikgu pandang adalah usaha anak murid tu cuba meraikan hari guru tu dengan berusaha menyediakan hadiah tersebut"
So, sesapa yang rasa hadiah yang dia bagi tu.. sangat-sangat laa lekeh dari hadiah-hadiah yang kawan-kawan anda bagi, ingatlah kata-kata mak aku ni
Akhir kata, beruntunglah cikgu kepada adik-adik aku sebab dapat hadiah mahal-mahal. Hahahaha.. Lawak ja, rezeki masing-masing kan?
Jadi.. Kepada guru-guru yang pernah saya buat jahat tuu.. saya nak mintak maaf lah bebanyak. Antara yang aku ingat , aku pernah buat salah kat :
-Cikgu Fadhilah. Aku gelakkan dia sebab dia tak reti nak beli ayaq gedegang *canned drinks form vending machine*
-Cikgu Zaliana. Sebab selalu tak siapkan kerj additional mathematics yang dia bagi. Kertas tu dok elok ja sampai habis SPM.
-Cikgu Hasniah. Suka tiru cara cikgu sebut "semekom". Soli2
-Teacher Sally. Sebab suka tiru cara dia cakap speaking london. dan sebab suka tak berpuas hati dengan cara dia mengajar
-Ustazah Azizah. Sebab haritu semayang main-main. Lepastu bila ustazah panggil, taknak mengaku
-Cikgu hafiza. Dia ajar fizik. Aku buat macam2 masa kelas dia. Makan la, main sembunyi bawah meja, tidur, letak kaki dalam meja., lepastu bila dia panggil jawab soalan kat depan, curik buku orang depan. Eish3. taknak ku ulangi lagi
-Cikgu Basyirul. sebab selalu x siapkan nota Biologi. Lepas tu, kalau cikgu gi scan perut, cikgu bagi kerja, aku x buat pon, tiru orang lain punya aja. Selain tu kan cikgu, saya pergi kem KIMIA sebab nak lari dari kelas Biologi
-Ustazah Siti Hawa. Sebab suka guna masa ustazah untuk buat kerja matapelajaran yang lain.
-serta semua guru-guru yang pernah ajar aku
dan banyak lagi kot salah aku kat cikgu2 yang lain...harap sangat dimaafkan *rasanya cikgu Hasniah dah maafkan aku kot ye ,, sebab tu Sejarah SPM aku dapat A+.. hahaha.perasan*
Akhiir kata..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU TIDAK KIRALAH SAMADA PROFESION ANDA SEBAGAI GURU ATAU TIDAK, SEANDAINYA ANDA PERNAH MENEGUR, MENGAJAR, MENDIDIK DAN MEMBIMBING, ANDA LAYAK DIGELAR GURU!! GURU -INSAN YANG MENGORBANKAN DIRINYA BUAT ORANG LAIN.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment