Dia dah buat keputusan, kita kena hormatinya

Assalamualaikum.


Hari yang indah rite? So, harini. post ini, entri ini, kata2 ini, tulisan ini, ditujukan khas buat :


SITI NUR ILLYANI BINTI MOHD ADNAN

okay, kenapa dia?? Why ?? Why??

Sebab dia dah buat keputusan untuk JALAN LAJU atau dalam bahasa inggerisnya fastrek... *eja xbetoi, janji boleh baca betoi sudah*

Hari ini, aku akan teman dia beli num pin kat BSN.. Sedih pulak, yelah, walaupon 3 sem ja dapat kenal dengan dia. But, rasa sedih tu still ada.


Dalam Keluarga Lin Ratu Kebaya Wrestling ni, Yani merupakan anak yang last ataupon bongsu lah katakan. So, dia punya karakter tu manja, mengada, mintak penampor apa semua lah kan?

Walaupun dia ni mengada, gedik, perangai budak2, but, ada masa, dia boleh jadi pendengar & penasihat yang baik. Tapi ada masa dia bengang dengan orang, habis semua benda dia tulis kat blog dia.. *lepas puji kena kutuk sikit ye dok? hehehehe*

So, walaupon berat untuk diterima oleh semua ahli keluarga Lin Mamapiah Ratu Kebaya Wrestling yang lain, tapi kami hormati keputusan dia. Lagipun, ini masa depan dia, biarlah dia yang tentukan sendiri. Kita sebagai kawan2 ni hendaklah menyokong sepenuh hati, jiwa raga, jantung, buah pinggang dan tulang belakang

Aku harap aku dapat beri dia sesuatu yang boleh dia ingat sampai bila2.

Memori. Ya. Memori yang indah. Mungkin aku akan compile kan dalam 1 video. Khas untuk dia.. bukan lagu untuk dia tu.. -______-

Jadi, Illyani, aku , sebagai anak sulung Lin Mamapiah, menghormati keputusan ang nak meninggalkan kami,.

Semoga ang terus berjaya.. walaupun selepas ni duri tajam menghalang perjalanan. jangan mudah goyah pegangan.

Ingatlah, kami sentiasa di hati, takkan pernah hilang, selagi ang yang tak buang.

Jadi, simpanlah gambar2 ahli keluarga Lin Mamapiah ni sebagai kenang-kenangan :


Mama punya gambar kena spesial. sorang2 dia ja


Anak-anak bagi satu gambar sudehh..

Akhir kata, kepada yani :

Aku just nak gitau, walau sepayah mana pon, walau sesusah mana pon, at least give it a try, kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita selagi kita tak cuba. Dan pasal masyarakat sekeliling kita, just ignore them. Tak mati pon kalau setiap hari tengok perangai mereka yang macam **** tu kan ? Yang penting SABAR. dan ingat yang di dalam setiap kesusahan ada kesenangan dan pepatah Melayu ada mengatakan : "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian" . Nak menuntut ilmu memang tak mudah, banyak halangannya. Tapi, teruskan melangkah sahabatku, walau kakimu patah, walau diri terus dipanah, walau musuh datang menegah kerana kita HARAPAN untuk membangunkan ISLAM, dan menuntut ilmu merupakan salah satu dari FARDHU KIFAYAH. dan ingatlah kita ada Allah sebagai tempat bergantung, tempat mengadu, dan menyelesaikan masalah. Yakinlah padaNya dan sesuatu yang hebat akan berlaku dalam hidup ang.

May Allah bless you always. Remember him, and he will remember you. 

Comments