2 Idiot or Too Idiot?

Pertama sekali sebelum aku nak cerita apa2.. aku nak bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala anugerah yang dia berikan.. dan berterima kasih kepada partner gila-gila aku, Illyani Adnan yang sanggup campur tangan membedah laptop aku ni.

Macamana boleh bedah laptop ni? Apa yang telah terjadi?

Laptop aku rosak, iaitu aku punya tempat charger laptop punya holder patah. So, bila melibatkan benda dalam ni, kalau bukan pelajar komputer mesti dah siap pergi tempah laptop baru kat kedai kan? Aku mula fikir .. tak perlu kot sampai nak beli-beli baru.

I decided to repair it with help from my partner.. Kitorang bermula sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8.15 malam dan berakhir pada 9.45 malam. Takdalah lama mana pon. hehehe

Pada mulanya kitorang nak berhenti sekerat jalan sebab takut nanti lagi parah jadinya

Iyelah, bagi pesakit yang koma kat doktor takda tauliah, silap2 mampos dua kali pesakit tu.

hahaha, tapi aku macam dah pasrah + eksaited nak teroka benda baru, aku paksa yani teruskan jugak projek gila kitorang ni. hahaha

Kitorang teruskan, bukak sana, bukak sini.. banyak gila skru =.='

Lepas tu, aku xbawak DSLR.. kalau tak memang penuh ah gambar aku taruk..

Tapi dun worry, untuk membuktikan yang aku bukan sembang kencang, aku suruh muna tangkapkan gambar untuk aku





Itu ja,, hehehe... aku sangat gembira sekarang. Eh tau tak kitorang letak apa dekat dalam laptop aku untuk ganti dia punya holder? Kitorang guna double sided dengan pemadam. Double sided idea aku, pemadam idea yani. Hahahaha. Serius aku rasa aku dengan dia patut masuk engineering ouh. Tapi, xpalah, komputer sains pon awesome gak, okaylah, laptop dah okay, nak sambung buat kerja. Assalamualaikum

Comments

  1. Serious creative...one way or another...hahaha~

    ReplyDelete
  2. Oh, terima kasih.. itu semua sebab dah tension sangat, banyak benda nak buat, tapi laptop buat hal.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment