How To Move On

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Kenyang makan kenduri time cuti2 ni? Kalau tak kenyang, singgah ja mana2 rumah kenduri makan, tuan rumah takkan marah punya .. confirm! Jimat pon jimat . Yelah, kalau makan kat kedai, satu kepala RM5 , kalau 5 orang dah RM25 kan? Kalau makan kenduri, hulur RM5 masa salam dengan tuan rumah pon dah lepas~ hahaha

Okay. Mari kita tidak membuang masa.  

Okay. Jangan kita buang masa lagi, kita terus kepada topik kita harini : How To Move On . dalam bahasa Melayu nya, macamana nak bergerak? 

-_________-

Sekarang cuti sekolah kan? Ramai pakcik makcik dah bertukar kerjaya dah musim cuti sekolah ni, daripada pencen profesional/penganggur profesional kepada posmen tak berbayar. Habis segala ceruk kampung makcik2 dan pakcik2 jelajah untuk memanggil makan kenduri putera mereka dan puteri mereka. Seronok sambut menantu  laa katakan.


Tetapi, tetapi, tetapi, "dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka" ecewwwaaahhh.. macam lagu raya pulak.. *bukan macam, memang aku cilok lagu raya pon, lagu apa, aku tak ingat*

Yelah, adalah yang makan hati berulam jantung sebab pakwe/makwe akan menjadi milik orang lain. Takpon, orang yang diminati separuh mati dah nak kawennn!! Uwaaaa~~ I can't live w/o you laa kononnya.. habis berterabur lagu Unbreak My Heart geng2 makwe nyanyi setiap hari sambil tengok mata bengkak kat cermin. Yang geng2 pakwe pulak melayan lagu Inai di Jari sambil membiarkan kaki digigit kerengga di bawah pokok pelam.

Aduyai. Seksa benor nampaknya ni.

Aku ni takdalah selejen writer2 terfaktab nak bagi tips.. tapi aku adalah sedikit menatang2 aku nak kongsi untuk move on.. Lupakan yang pahit, jom mulakan hidup baru, tak perlu bunuh diri, makwe/pakwe kau syok2 bersanding atas pelamin pakai keris taming sari segala, kau tergantung2 macam daging lembu kat pasar tani. Itu bodoh namanya.

#1 : Padam segala mesej2 sayang cinta rindu yang pernah ada


Walaupun rasa sayang macamana pon kat mesej tuu.. PAKSA DIRI untuk padam jugak. Sebab kita nak lupakan dia kan? Bukan apa., takut benda2 macam ni boleh jadi fitnah di kemudian hari. Manalah tahu kan? Kalau rasa taktahu macamana nak padam mesej, bolehla diformat handphone tu, takpon trade-in beli beru je, senang, sim kad pon baru.

#2 Tukar nombor, kalau boleh patahkan simkad yang ada number dia 



Mungkin  ada yang cakap, "mana mampu nak beli simkad baru" . Jangan nak temberang aku, simkad sekarang less than RM10 kot~ Kalau takut nanti kawan2 nak contact, hebohkan ja kat semua kawan2 di FB, followers berjuta2 kat twitter, Insya-Allah tak lost contact. Tapi, janganlah bengap sangat pergi contact EX tu lagi, lupakan2. Anggap DIGI/Maxis/Celcom tu pakwe/makwe. Diorang ni sweet, kita tak hantar mesej kat diorang pon, diorang setia mesej kita tau? awww.. so suweett.. -__-

#3 Baca buku Terfaktab

Ini bukan nak promote Terfaktab ke apa, ni just suggestion, diorang ni memang lejen ah dalam bab2 cinta. Boleh pecah perut terburai usus baca buku diorang ni, siapa takmampu beli, bolehlah kalau nak pinjam buku aku, tapi pastikan bagi balik *dah banyak buku aku lesap lepas dipinjam orang* 

#4 Baca kartun contengconteng.com


Okay.. ini pulak lukisan rakyat Malaysia kita sendiri. Support barang Malaysia. Di samping dapat menjana ekonomi negara, bolehla kamu2 semua bergembira dan berseronok dengan lawak2 melalui lukisan ni., tak rugi beli .. kalau kedekut nak beli sangat, lukis komik sendiri, boleh buat duit kan? =P

#5 Beli mainan/benda pelik


Well, aku tak beli benda ni, ni hadiah dari azie, puteri, senang cerita bilik 3079 lah. Okay, kejadahnya aku suruh beli benda2 macam ni? You know, bila kita terokai mainan2 IQ macam ni, kita akan jadi leka, dan tak2 sedar dah ambik masa yang lama. Takpon kan, kalau belii menara kayu ni kan *aku taktahu nama dia apa* , bila main, bila roboh ja, maki2 lah bekas pakwe/makwe tu, secara tak langsung, kau akan cepat menyampah kat dia, sebab dia, kau takleh menang game ni. Hahaha. Jangan pulak ambik kayu ni pergi baling muka dia masa dia tengah bersanding,. parah tuu.. silap2 masuk paper tamil muka surat first.

#6 Dekatkan diri padaNYA

      

Seperti kata2 pepatah, "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" , "Allah tak uji kita sia-sia" . Mungkin *ini mungkin* semasa kita mabuk berasmara dana dulu, Allah kita lupakan, kita tinggalkan. Allah sayang kita, Allah taknak kita terus hanyut dengan dosa, maka Allah end kan relationship kita dengan manusia tersebut. Mungkin jugak Allah nak temukan kita dengan manusia yang sejuta kali lebih baik? Kita taktahu kan perancanganNya? Maka, berdoalah banyak2, kalau boleh sunat taubat, solat hajat tu buatlah seminggu sekali mohon ketenangan dan kelapangan fikiran *perghh, boleh jadi ustazah tak lagi ni?* heheeheee

#7 Mula menyimpan duit


Okay, yang ini amalan mulia. Hahaha, menabung untuk masa depan. Masa bercintan cintan dan bersayang sayang dulu mana mampu kan nak simpan duit? Mana taknya, hari2 nak keluar dating makan tempat mahal2 ja, nak tengok wayang lagi, nak isi minyak kereta, nak topup lagi, nak beli hadiah anniversary , birthday , kucing dia lahirkan anak, semua pakai duit.. Tapi tak terasa duit keluar, almaklumlah.. sayang tahap dewa masa tu kan? So, bila dah xda komitmen ni, apa salahnya simpan duit kan? Mana tahu, nanti2, boleh buat topap untuk kenduri kawen korang pulak. hehehehe

#8 Sayangi yang menyayangi

Sebenarnya, bila kita frust bercinta, dunia belum berakhir. Kita masih surrounded by love. Mak ayah kita sayang kita, kawan2 kita sayang kita, haiwan2 peliharaan kita sayang kita, dan yang paling penting Allah sayang kita, sebab tu dia masih bagi kita bernafas untuk kumpul pahala banyak2 dgn beribadah kepadaNya. Jadi, kenapa kerana seorang, kita nak hilangkan rasa sayang ramai2 orang? Fikir. Kita sayang orang yang sayang kita . "Sayang pada yang sudi, rindu pada yang mengingati". Ibu bapa kita mesti sedih kalau kita bunuh diri sebab putus cinta, hancur hati mereka melihat orang yang mereka cinta tergantung2 kat kipas.. takpon terbaring di lantai lepas minum racun tikus. Sanggup ke ? Sanggup ke? Tak sanggup kan?


Apapon, untuk move on, memang kena semangat yang kuat. Kalau rasa tak kuat seorang, cari ramai2 orang, jangan bersendirian, bila sendiri mudah teringat, pergi hiburkan hati, pergi bergembira selagi mana tidak melanggar syariatNya. Pergilah. Gembirakan hatimu, dan mana tahu, senyuman itu lebih manis dari senyuman sebelum2 ni, dan ada pulak yang terpaut. hahaha. 

Setakat ni ja kot aku nak tulis malam ni, dah takda idea nak merapu.

assalamualaikum.

"At some point you have to realize that they don't care, and maybe you're missing out on someone who does"






Comments