Tatap.

Tataplah sepuasnya, tataplah semuanya
Kerna mungkin bagimu esok sudah tiada
Takkan lagi kau tempuh derita, takkan lagi kau ukir ketawa
Hanya tangisan sanak saudara dan kenalanmu saja
yang paling lamanya hanya seminggu dua
sesudah itu, kau tenggelam dalam urusan dunia mereka
Tiada lagi namamu dipuja2
Tiada lagi gambarmu menghias meja
Pemergianmu akan diisi jua
dan kau? hanya seorang yang sudah tiada
dan takkan kembali ke dunia
Tapi ada satu makhluk bernama manusia
yang akan sentiasa mengenangmu dalam doanya
yang berharap kau hadir dalam mimpinya
dan itulah insan bergelar bonda
walau matanya berhenti menangis, hatinya membengkak dibanjiri airmata setiap kali wajah kau menyapa
anak yang dipegang sejak sebesar tapak tangan sudah tiada
Sudah meninggalkannya buat selama-lamanya

Tatap, tatap lah dari pandangan jiwa
Adakah semua peninggalanmu akan dihargai manusia?
Seperti mana agungnya cintamu pada mereka

Tatap, tataplah ke dalam mata bonda
Lihat sepuas2nya wajah itu
Kerana esok, wajah itu mungkin takkan kau lihat buat selama-lamanya
Kucuplah pipi itu sepuasnya
Kerna mungkin esok pipi mu yg sejuk kaku menjadi kucupannya bersama linangan airmata

Tatap, tataplah wajah temanmu yang setia
bukan sahabat, bukan teman, bukan juga kawan biasa
tapi dia sebahagian dari dirimu jua
menangis dan ketawa seiring bersama

Tataplah kesemua ini yang bakal kau tinggalkan
Supaya tiada rasa penyesalan
Apabila kau di dunia lain penuh kelainan

Tataplah, pohonlah sejuta maaf
andai masih tersisa benci, andai ada hati yang tersakiti
Terkadang seakan mengasari
Tapi bukan itu sebenarnya niat di hati
Sekadar bergurau mengisi sepi

Tatap, adakah amalan ini mencukupi?
Buat bekalan di sana nanti?
Adakah masih mampu yang kau lakukan di akhir2 nafas ini?

Tatap dengan pandangan jiwa, tatap yang membuat jiwamu bergetar untuk bertemuNYA, tatap yang akan mengasihimu apabila kau sudah tiada, dan tatap apa yang kau tinggalkan adakah akan menyumbang dosa.

Tatap. 

Comments