Salam . Ramadhan dah nak habis dah kan? Sekejap ja rasanya .
Lagu raya pon dah banyak main kat radio . Nak ambik feeling laa tu kononnya nak
raya .
Puasa taknak ambik feeling pulak . Ehh
Okay. Pelangi . Dulu masa kecik-kecik tok nenek selalu pesan
jangan tunjuk pelangi dengan jari , nanti tangan kudung . Oleh itu , ramai
budak-budak tak berani buat benda tu . Tapi bila kita dah besar , kita dah
pandai explore benda-benda ni , kita dah pandai taip kat kotak google search ,
kita sedar yang apa yang tok nenek kita cakap tu , takda fakta yang saintifik
pon. Depa ada sebab depa muhong kita , sebab depa takmau bagi kita ni nampak
macam teruja sangat , macam takmau lah orang kata “pelangi pon nak tunjuk tak
sangga-sangga , lain laa kalau asteroid ka” . lebih kurang gitu la
Masa kecik , semua perbuatan kita , pilihan kita , mostly
kita akan tiru orang-orang lebih tua yang dekat dengan kita. Macam aku lah kan
, masa kecik-kecik dulu , kalau kawan2 suruh aku tulis warna kegemaran kat
dalam buku biodata , aku akan tulis warna biru . Sebab ? Sebab aku ada baca kat
surat beranak aku mak aku tulis warna biru . Tapi semakin aku dewasa , aku baru
tau yang aku sebenarnya lebih minat warna merah . Walaupun mulut aku cakap biru
, tapi hati aku pilih merah . haa gitulah
Bukan warna ja , pilihan belajar bidang mana pon selalunya
parents akan tentukan , dengan alasan yang sangat cliché dalam drama melayu “kami
ni makan garam dulu” , “kami ni nak yang terbaik untuk anak-anak” , “minat tak
minat tak penting , yang penting ada duit ada gaji” , “bidang ni masa depan
cerah kot”
I’m glad that my parents let me chose my own path . They
never questioning what I chose . *Cuma sedara-mara yang takda kena mengena
gedik melebih nak membangkang , this is my life not yours*
I remembered , I once was a real smart kid *bukan nak
membangga tapi tu kenyataan* , masa UPSR aku dapat 5A dan keputusan terbaik kot
. Then aku nak masuk SBP , dah isi borang , dah dapat tawaran semua , adalah
seseorang ni dia membangkang , dengan alasan “budak ni kecik lagi , mana pandai
jaga diri*
SEBAB DENGAR CAKAP ORANG , I ENDED UP jadi seorang pelajar
sekolah biasa dan yeah , aku jadi tak minat setadi . Sejak situ sebenarnya .
Masa peperiksaan penggal 1 tingkatan 1 , aku dapat 8A 1B , result aku agak
bagus sebab walaupun tak suka , aku still belajar dan bahagi masa aku dengan
baik . Lepas masuk tingkatan 2 dan aku tengok kehidupan kawan2 yang masuk SBP
lebih baik , aku down dan malas belajar . Aku buat banyak benda-benda bodoh
*mungkin tu cara aku memberontak, entahla* . Result aku makin merudum dan
merudum dan merudum jatuh .
Masa kita tergolek camtu , sedara mara yang gedik condemn ni
akan memburukkan lagi keadaan dengan memerli dan merendah-rendahkan kita .
Habis sekolah , aku masuk UiTM , result sem 1 aku
biasa-biasa ja sebab aku banyak main dan tak paham sangat pasal apa aku belajar
bidang tu , tapi bila masuk sem 2 dan seterusnya , aku mula minat apa yang aku
belajar dan result aku makin naik sedikit demi sedikit . *at least ada
perkembangan kan*
Dan sekarang ni , bila aku nak buat pilihan sendiri , ada
pulak mulut-mulut puaka cakap that’s not the best choice and I’m gonna regret
it someday.
Well, I do regret , I regret that I listened to you than
follow my instinct . Aku paham , orang-orang tua ni taknak kita tersalah
pilihan , kononnya nak bagitau yang depa tau dah apa yg akan jadi lepas ni
sebab depa pernah muda , pernah berada di umur kita .
Tapi macam pelangi , orang tua cakap benda itu adalah
sesuatu yang bodoh dan menakutkan , tapi takda salah pon nak tunjuk pelangi ,
sebab pelangi tu cantik , Subhanallah . Tak salah kan nak mengagumi keindahan
ciptaan Tuhan ?
Pelangi tu tak salah , pelangi tu indah . Pelangi tu
berbagai warna kerana kita tak sama . Kerana Tuhan menjadikan kita berbeza .
Kita tak boleh terus menerus mengikut jejak orang lain. Kita kena cari jalan
kita sendiri . Bila kita copy others , kita jadi bayang-bayang orang tu
selamanya.
Dan apa jadi bila kita jadi bayang-bayang? Orang tak peduli
pon kita , orang boleh ja pijak2 kita , dan bila gelap datang , kita akan terus
hilang
Jadi ,jadilah diri sendiri , sebab hanya kita yang boleh
tentukan hidup kita , bukan orang lain, orang lain hanya boleh memberi pendapat
dan pandangan , bukan memaksa kita .
Just please , let me choose my own path , and if I never failed, how come I will ever learn ?
TAMAT
**********************
Comments
Post a Comment