Bilik Sewa RM60

Assalamualaikum , 

So as promised , harini aku nak bukak cerita pasal bilik sewa rm60. rm60  sebulan weh. murah tu , boleh bayar untuk 2-3 bulan sekaligus.

Aku dapat offer kerja kat tempat lain pulak, bukan kat PJ dah. Jarak pon jauh. So kenalah cari rumah lain.

Dah nak jadi cerita kan, 
Aku MC selama 3 minggu sebelum start kerja kat tempat baru. Kiranya habis MC, aku ada +- 4 hari untuk cari rumah. Mana nak sempat kan ?

So masa aku mc tu, aku browse la mudah.my untuk mencari kediaman yang boleh didiami.

I came across this ad 

N I was like .... wehhh murah gila, banding dengan bilik sewa sekarang. and that room looks spacious. siap ada penyapu. Lel.

So disebabkan takut dilambung ombak dan tidak mahu berumah di tepi pantai (betul ke perumpamaan ni), dengan kadar segera terus ws akak tu.


Dia ws gitu aku pon bior jela, taklama pastu dia call, suruh bankin cecepat, kononnya ada orang nak datang tengok pukul 8, so aku kena bankin pukul 8. or before. 

Disebabkan dah malas nak cari rumah and this is a great deal, ada privacy, spacious room and extremely cheap rental fee, aku pon lepas solat maghrib terus pergi bank in (old school en?) hahhaa.


So to make it short, kami pon agree nak pindah barang hari ahad. Sepatutnya sabtu tapi sabtu ada run so terpaksa tunda ke hari ahad.

So ahad petang bergerak lah ke bukit beruntung, dengan barang penuh kereta(aku taktahula bila barang aku beranak pinak, dulu cuma 1 beg laptop, 1 backpack dan 2 luggage... emmm).

Sampai sana , baru akak tu cakap rumah tingkat 4....

Aku dah start rasa malas dah ni. Tapi macam dah sampai kan, so takpelah.
Naik 1 tingkat, baru sampai tingkat G, bukan tingkat 1, so nampaknya tingkat 4 atas sekali lah ni 😂😂.

Setelah berulang angkat barang (2 kali angkat), habislah sudah semua barang diangkut naik atas.

Rupanya bilik yang rm60 tu bilik small room saja dan tiada kipas dalam bilik tu. Adoi. Barang saja dah setengah bilik. Gambar dalam iklan tu gambar ruang tamu rupanya, patutla luas pon. Kat ruang tamu, bilik medium and dapur memang selerak betul dengan barang2 akak tu. Saja borak2 tanya la

Aku : Akak baru pindah jugak ke ? Banyak barang

Akak : Akak pindah sini bulan 9 dik. Taksempat nak mengemas asyik keluar je hari2.

Aku menamatkan perbualan dengan "ohh.." saja.

Masa hantar barang (29/10/2017). Kat luar tu barang akak tu not mine.

Lepas rasa macam dah setel, aku pon mahula beransur pulang since isnin aku kerja. Akak tu ajak diskas pasal bilik. Aku pon "oh ok" kan akak tu.

Akak : Adik, rumah ni akak sewa rm300, so kalau lepasni boleh share tak sewa rumah means sorang 150 la. adik boleh pakai dapur ruang tamu semua.

Aku : (terdiam kejap..terpikir 60 ke 150 ni?) 

Akak : So nanti adik kena tambah deposit dengan sewa lagi 270. Adik bayar tambahan yang rm90 untuk sewa dulu lah.

Aku : (malas nak pikir sekarang sebab penat sangat) Nanti saya bagitahu balik cemana ye kak. Saya kena bincang dengan mama saya dulu sebab yelah memula cakap sewa rm60 je.

Akak : Ok ok takpe dik nanti kalau dah bincang bank in kat akak ye.

Aku : Ok kak , kalau takda apa2 lagi, saya nak kunci rumah ?

Akak : (tepuk dahi gaya terkejut gila babs) Akak taksempat lah dik nak duplicate kunci, macamana ni eh ? (eh dia tanya kita pulak) .. (mundar mandir pikir solution).. adik boleh pergi duplicate tak ? Akak tunggu sini , adik pergi duplicate kat mana2. Akak tak biasa la jalan area sini. Kat mana nak duplicate kunci pon tak tahu

Aku : (💆💆💆 .. haritu masa aku bank in kau nak cepat2 , dah seminggu aku bank in kunci pon tak duplicate lagi , dahla hari2 kau keluar).. keluar tanya angah macamana

Angah : Dia pikir dia je taktau jalan area sini. Habis kita ni tau ka kat mana nak duplicate kunci?

Aku : (masuk balik dalam rumah .. harapkan solution akak tu) Macamana akak, kami ada hal lain ni ?Takkan saya nak tinggal barang saya kat sini takde kunci

Akak : (keluarkan kunci pintu bilik small room) Adik ambik kunci bilik adik je dulu, kunci yang lain ni nanti akak bagi sebelum akak pergi johor.

Aku : Saya balik perlis selasa ni kak , bas 8:30 malam.

Akak : (pikir kejap) Ok takpe , akak hantar kat ofis adik. Takde masalah.

Aku pon wave goodbye kat akak tu , sebab hari pon dah nak senja , masa akak tu tengah nak kunci pintu, tetiba dia panggil aku , aku gi la . Dengan bisik2 akak tu cakap 

"Dik, nanti adik usha2 la rumah lain ye, cari rumah yang dekat sikit dengan (tempat kerja baru), sini black area, akak tak suggest sangat duduk sini. Akak pon kalau jumpa rumah lain murah akak angkat kaki jugak. Okay dik terima kasih ye" 

*tutup pintu

Balik tu akak tu ws lagi sekali tapi dia offer bilik tengah
Kau rasa aku yang dah memang berat hati ni tambah senang hati ke nak sewa situ bila akak tu keluarkan statement gitu ? Memang takla.

Masuk dalam kereta aku terus cakap kat angah mende yang akak tu cakap.

Angah macam biasa terus inform mak semua, rumah dalam hutan, rumah takde lif, black area blablabla

Mak call and suruh aku cari rumah lain. Biarla mahal pon asal selamat semuanya.

Aku pon memulakan lah pencarian rumah lagi sekali.

Mekasih kepada beberapa individu yang terlibat secara langsung and tak langsung dalam misi mencari rumah. Dapatla nak view 1 rumah ni hari isnin (30/10/2017). Makcik J tu okay je kalau nak pindah terus.

Since aku pon dah confirm dengan Makcik J nak masuk ke rumah dia, aku pon teruslah ws akak tu cakap aku tak jadi duduk dengan dia since dia pon cakap pasal black area blabla semua tu, and nature kerja aku yang balik kekadang tak menentu.

Dia pon okay, tapi dia takboleh nak pulangkan deposit and cakap aku kena bagi seminggu notis (padahal sebelum tu dia takde cakap pon seminggu notis ke apa ke, agreement sewa pon takde)



Okay aku pon dah akak tu cakap aku nak pergi pukul 9 boleh nak sampai sana pukul 9 pon boleh aku pon terus lah contact angah untuk mengangkut barang kali kedua. Semalam angkat naik harini angkut turun 😂😂😂😂.

Dipendekkan cerita, aku dan angah pon janji nak jumpa lepas aku habis kerja. So aku ambik angah and kami pergi rumah akak tu balik bertiga (aku, angah, azhad). Oh azhad pon ada jugak hari ahad tu tapi dia takde dialog hari ahad (lol).

Disebabkan agak jauh bangi - bukit beruntung, kami sampai dalam 9 lebih camtu, aku pon terusla ws akak tu aku dah sampai.

Aku ni punya la risau sebab aku sampai lambat , janji kul 9 sampai 9:24. Rupa-rupanya ...



Taraaaa !! Surprise .. akak tu takde kat rumah . Dia cakap setengah jam ,kiranya dalam 9:54 or 10 la sampai. Tetiba 2 minit pastu text cakap 10:20 (1 hour later).

Angah dah.... 😡😡😡😡, sebab kami dah mendaki 6 tingkat and dah sampai depan rumah, and tetiba takde pulak. Tapi disebabkan kena setel gak hal rumah ni sebab dah janji dengan Makcik J nak pindah malam tu jugak, kami pon decide nak tunggu.

Disebabkan rumah flat ni, takde lampu langsung kt koridor, even kat tangga pon takde lampu , kami decide nak tunggu dalam kereta saja. Taknak bagi nyamuk rezeki free menunggu dalam gelap. LOL.

Aku, angah and azhad tunggu depan rumah yang gelap gelita segelap hati aku masa tu (LOL)


So kami suluh guna torchlight phone memandangkan keadaan yang gelap gelita taknampak cahaya pada masa tersebut untuk kembali ke kereta.

Kami tunggu dalam kereta sampai akak tu sampai.

Sambil tu aku dok bukak lagu tak tuntuang tak tuntuang si sherry share.

Tengah2 seronok discuss nak grab supper kat mekdi , nak try burger mekdi baru lah apalah, tetiba nampak akak tu balik naik viva. Kitorang pon ready lah nak turun dan bukak torchlight.

Tetiba akak tu (tak park kete dia), letak keta tengah jalan turun, jalan ke kereta kitorang dan tutup tingkap pemandu. (angah dan azhad kan depan while me kat backseat).

*Angah turunkan tingkap 

Akak : (muka bengis suara nyaring) Eh u tak boleh buat macam ni tau! U tak boleh sesuka hati u bawak adik u datang sini nak ambik barang dia dan keluar rumah sewa sesuka hati

Angah : *blur (apakah kaitan aku dalam hal ni.. angah cakap dalam hati)

Aku merasakan benda ni akan jadi panas since akak tu tetiba mengamuk kat kitorang , terus sesenyap rakam video.


Kalau korang bukak video tu , memang la gelap sebab aku tak berani nak suluh muka akak tu. Aku takdapat sampuk pon. Dapat sampuk part takde agreement je (emm cedih).

Pergaduhan tu tak habis setakat tu. Aku end record sebab nak guna torch naik tangga . Angah , azhad , akak tu , sambung gaduh sambil naik tangga. Lepastu akak tu argue dia cakap dia bizi blablabla and dia takcakap pon boleh sampai situ pukul 9 sebab dia sangat bizi.

Aku : *tunjuk ws

Akak : Okay okay. You can't blame me. I'm so busy. I got lot of things to think. I'm already old, 36 years old already. I forgot sometimes, you need to respect me, you can't do this.

Angah : If you want to be respected, you must respect others first.

*sambung gaduh janji melayu , ada kereta camry, taknak pulang deposit blablabla sampai tingkat 6. 

Dah sampai angah terus suruh aku ambik semua benda dan keluar at that moment jugak.

2 kali angkut jugak tapi lebih pantas sebab angah n azhad dedua dah bengang dengan akak tu .

Aku letak kunci akak tu atas kotak tepi dapur and cakap terima kasih.

Akak : Nanti adik bagi number acc , akak bank in

Aku cuma jawab seringkas "ok" and cecepat keluar ikut angah.

Cuba bayangkan , dari 10:40, depa punya gaduh, 11:15 baru boleh gerak dari situ.

Aku terus contact Makcik J , nasib lah Makcik J ni okay even masa kami sampai rumah dia tu dah nak dekat pukul 12.

Basa basi sikit dengan Makcik J ni , angkat barang apa semua 12:30 jugaklah kami keluar dari rumah Makcik J ni. Dan Makcik J ni bagi kunci apa semua pada malam tu jugak (alhamdulillah , rasa selamat lah sikit tinggalkan barang situ).

Setel semua , kami pergi jugak grab supper kat mekdi (marah2 membuatkan perut lapar .. hahaha). Then aku hantar angah then baru aku balik rumah.

Aku sampai rumah dekat pukul 3 pagi. Aku cuma ada sejam lebih je nak tido masa tu since aku kerja lagi selasa (31/10/2017) , last day baqhang.

Aku iron tudung, and tido.

Sebelum tido, aku sempat lah berfikir. 

Kenapalah ada orang macam akak tu. Dia nak bagi sewa tapi macam taknak bagi sewa. Dia yang tak tepati masa dia yang marah orang.

Kitorang tak marah dia pon, in fact , kalau dia turun dan bukak pintu bagi kitorang masuk dengan tenang rumah tu malam tu, kitorang pon takkan cakap apa2 dan ungkit tunggu lama ke apa. Dia mula dulu. Umur 36 tapi perangai macam budak darjah 1.

Angah cakap dia mungkin create chaos tu so that dia boleh cakap dia takpayah pulangkan deposit. Well, kalau tu lah aim dia, dia dah capai lah objective tu sebab angah cakap kat dia "takyah pulang la deposit tu, aku tak pandang pon lah" masa bergaduh tu . (memang la angah tak pandang , duit aku tu bukan duit dia 😭😭😭😭)

Aku hantar jugak num acc aku kat dia tapi dia seen je. Takpelah, dia cakap seminggu , kita tengokla minggu depan ada ke idok duitnya. Hahah

Sekian cerita aku tentang bilik sewa RM60.

Buat pencari rumah sewa, bilik sewa, kat tempat orang, hati2 lah selalu. Orang ni rupa sama manusia, niat dia kita taktahu. Sewa murah memang bagus, banyak boleh jimat, tapi SELALUNYA sewa murah ni mesti ada sesuatu, tu pasal sewa dia murah.

Apa2 pon sebelum buat decision nak menyewa WAJIB untuk view dulu rumah tu. Kalau jauh, tengok rumah tu guna Google Street (ni salah aku jugak sebab tak tengok dulu environment situ macamana). Zaman dah canggih, semuanya di hujung jari anda.

And, selagi anda TAK VIEW RUMAH & PUAS HATI, JANGAN BAGI DEPOSIT DULU. Lantaklah tuan rumah cakap kena bagi cepat untuk book ke apa, kalau takdapat sewa situ, mungkin ada tempat lain yang lebih baik dan sesuai untuk korang di luar sana dan anggap ajelah takde rezeki.

Well, tu je kot post kalini. Pengajaran buat semua dari pengalaman aku sendiri. Lesson learnt the hard way. 


*Dah lama tak tulis blog, password pon lupa. Lels

Comments