After a year akhirnya aku buat comeback 😜😜😜
Today aku nak share pasal Xiaomi products yang aku beli, ada yang first time aku dengar and ada yang aku memang aware kewujudan dia.
Xiaomi ni product range dia wide tau, dulu aku ingat dia keluarkan handphone je, lepastu sekarang ni macam-macam dah masuk under Xiaomi ecosystem, kasut la, lampu, cctv, air purifier, eh banyaklah kalau nak diceritakan, pi Google sendiri.
Okay, lets get started !
Ini list barang-barang Xiaomi yang aku beli bulan Jun ni:
1. Xiaomi Fimi Palm
Ni gimbal camera, gimbal + camera. Selalu aku guna DJI Osmo Mobile 3 + phone aku kalau nak record video with stabilisation, tapi Osmo Mobile 3 tu besar kot, tak pocket friendly, so aku nak cari something yang pocket friendly macam ni (cakap jelah nak membazir 😁😁😁).
Aku sebenarnya aim nak beli DJI Osmo Pocket, tapi tah kenapa aku tak beli-beli. So bila aku came across this, aku rasa grab jelah, since its much cheaper than Osmo Pocket.
Aku aim nak pakai time travel, tapi since aku tak rasa aku akan travel in near future, so simpan dululah.
Anyway, ni contoh video daytime and night time yang aku record :
Ada lagi feature yang aku tak explore mcm follow mode, panorama semua tu. Untuk transfer/connect dengan phone, korang kena download apps FIMI Play kat Apple Store/Google Play. Apps ni jugak guna untuk update camera firmware. So far, aku puas hati la ngan performance mende ni.
2. Xiaomi Mi Portable Photo Printer + 20Sheets Printer Paper
Harga : RM 296.31 free shipping
Dalam kotak ada printer, 5sheets paper, micro USB cable and manual.
Nice betul kasi photo paper untuk tryout, Fujifilm Instax patut tiru ni, ini kasi printer saja, cemana nak print ? Lol.
Printer ni nipis sikit dari instax Fujifilm
Dekat bahagian bawah printer boleh tengok Bluetooth & battery status, tempat charge and button untuk on/off.
Untuk guna printer ni, korang kena download apps Xiaomi Home dekat Apps Store/Google Play. Then, connect printer and print.
Ni contoh aku print guna Mi printer (kiri) and guna instax Fujifilm (kanan)
Kalau dari segi ketepatan warna tu, instax menang lah. haha. Tapi, apa yang best nya gambar dari Mi printer ni, itu adalah kertas sticker, so sesuai la untuk orang yang suka main lekat2 kat buku ni (me included).
3. Xiaomi Mijia Cordless Rechargeable Electric Screwdriver
Harga : RM 122.77 free shipping
Kotak ni agak berat la bagi aku. Tapi, tak kesahla. Yang paling best, dalam kotak, screwdriver ni diletakkan dalam satu case. So dalam case tu ada 1 cordless rechargeable screwdriver, 12 screw bits, 1 extension rod, type C charging cable, manual (but who needs manual anyway?)
Dia punya screwdriver tu rasa solid tau bila pegang, sebab dia agak berat, nice, aku suka. Tengah tu off, kalau tekan dia keluar lampu je, L and R tu untuk pasang skru or nyah-pasang (keluarkan) skru. And screw bits tu, mata dia tu magnet, so takdela skru korang nak lari-lari, dia lekat kat hujung tu diam-diam.
Lagi satu aku suka sebab dia guna type C charging cable, lebih cepat recharge.
Aku pasang rak ni agak easy tapi sebab aku tak suka baca manual / kertas cara pemasangan tu, berapa kali aku kena buka skru and skru balik, dah pasang baru perasan terbalik lah apalah 😋😋😋 , so korang jangan tiru perangai ni ye, sila baca manual.
Aku recommend la benda ni kat geng2 yang suka pasang Ikea furniture or sesiapa sahaja yang suka main screwdriver, sebab senang, tayah tool box apa bagai, dah ada case, boleh charge, mudah kerja, apa lagi mau ? haha.
4. Xiaomi Zajia Lofans Handheld Garment Steamer Steam Iron
Harga : RM 79.27 free shipping
Aku beli ni sebab aku punya iron board jenis besar and aku akan lipat balik lepas guna so that tak makan ruang, jadinya leceh sikit, sebab tu aku suka pakai baju yang tak payah iron. Tapi since azam 2020 nak pakai baju yang kena iron, aku carilah mende ni untuk senangkan aku iron tanpa iron board.
Aku suka kotak dia sebab ada tear off macam ni, senang nak bukak, takpayah guna pisau.
So dalam kotak ada power plug attached to iron dengan 1 bekas tempat letak air, yela nama pun steam iron mestilah kene letak air.
Tapi, yang tak best nya, power plug dia guna 3-pin yang China standard. but lucky me, seller ni provide adapter so okaylah, boleh guna.
Aku iron sebelah je baju ni sebab berat weh pegang benda ni lama-lama dengan air lagi, bagus la untuk arm exercise. hahah
5. Xiaomi Mijia Wireless Mite Vacuum Cleaner
Harga : RM 384.52 free shipping
Aku beli benda ni sebab sekarang terbaca pasal mite vacuum ni and dia punya usage apa semua. Aku cari yang wireless sebab aku tak suka benda-benda ada wire ni, susah, kalau nak guna kat tempat yang jauh dari socket.
Dalam kotak ada manual, vacuum and base untuk charge vacuum. Ini pun guna 2-pin plug China standard, so kena standby adapter okay.
Aku try vacuum bantal , dalam masa tak sampai seminit pun okay, tengok habuk dia banyak mana 😱😱😱😱, yes im quite surprise too.
Cara guna dia senang je. Once tekan button on tu, terus letak atas surface nak vacuum tu, and sorong lah vacuum ni. Ada lagi 2 mode, satu max (for maximum suction) and satu lagi warm, means lepas vacuum tu, rasa suam-suam surface tu, taklah panas.
Max tu suction dia lagi kuat (and lagi bising lol) tapi boleh tahan 7 minit je with vacuum fully charge. One full charge ambik masa around 3-4 jam.
Tapi kalau tanya aku, aku rasa standard mode pun dah cukup untuk vaccum tu, sebab bantal tu aku guna standard mode sahaja.
And lepas guna aku akan bukak bin dia and cuci (except sponge tu). Cara nak bukak senang ja, tekan butang tong sampah ni n tarik. Nak pasang tekan n tolak masuk. Easy.
Nak charge dia pun senang ja, just letak atas base dia and on switch. Kalau tak penuh lagi, lampu kt power button tu blink, bila dah penuh, fully charge, dia akan terpadam.
Aku rasa benda ni bagus untuk orang yang ada anak kecik/ yang ada penyakit berkaitan pernafasan / yang jenis kulit sensitif. Tapi aku rasa semua orang pun bolehla nak guna untuk kebersihan. Yela, surface nampak elok je tapi dalaman Tuhan je tahu.
6. Xiaomi Mi Portable Electric Air Compressor
Harga : RM 134 free shipping
Nama kemain panjang tapi bahasa mudahnya pam aje. Apa yang best pasal pam ni, dia boleh charge, and dia boleh guna untuk pam tayar basikal, motor, kereta dan juga pam bola. Nice en ?
Sekali pandang macam ipod Nano versi tebal 😁😁😁
Dalam kotak ada charger, manual, pam, dan extension untuk pam bola and tayar basikal/motor :
Cara nak on dia senang je, tarik bentuk mangga tu jadi straight and dia terus on
And tempat charge dia kat bawah, tapi dia guna micro USB cable as charging cable.
Nak guna senang je, tekan yang bulat kat tengah tu, nanti dia start pam, bising la sikit but tak kesah lah janji dia perform.
Dia dah ada preset PSI untuk kereta, motor, basikal, n bola, tapi aku tak ikut pun, sebab macam bola yang aku pam ni, 012 PSI baru penuh (preset 008).
So tu jelah yang aku beli, tak banyak mana pun, saja gedik nak letak macam beli banyak-banyak. Sukahati la 😜😜😜😜
Okay tu je untuk kali ni, jumpa tahun depan. Tata 🙋🙋🙋
Comments
Post a Comment