Assalamualaikum and hai guys,
Salam PKP 2.0. So since pkp and paie WFH until insyaAllah June tahun ni, paie banyak tengok youtube untuk membuang masa lapang. Sebelum ni takda masa lapang sebab balik kerja dah malam then nak tidur je, takde leisure time orang kata.
Long story short, paie jumpa video2 yang buat unboxing stationery haul. Korang pun boleh ja pi cari kat youtube tu. Cari keyword yang Paie highlight tu. So bila dah tengok tu, Paie pun terpengaruh untuk membeli, sebab comel sangat sticker, washi tapes, stationery tu semua.
So ni antara parcel yang sampai sepanjang paie menjalankan aktiviti stationery haul ni. Lol. Aktiviti la sangat. Selalunya kalau orang beli stationery online kan, orang takkan beli 1 barang dan checkout. Sebab ? Sebab postage fee, kita rasa tak berbaloi spend RM4-6 untuk postage so kita pun add to cart sampai RM15 untuk dapat free shipping. Lol. Sebab kita rasa tak berbaloi nak spend untuk shipping banyak tu, so kita spend lebih untuk tak kena shipping fee... hmm. Tapi yela, contoh beli sticker pack harga RM1.70, pastu bayar shipping RM6, kena tunggu lama lak tu, macam tak berbaloi kan ? So rasa berbaloi kalau tunggu lama and dapat banyak barang. Hahaha. Biar menyesal beli jangan menyesal tak beli. Haha
Mostly Paie beli from Shopee, tapi kan kalau tengok youtube, depa mostly purchase from Aliexpress. So sometimes dia macam agak kecewa la bila cari2 benda depa beli tu, takda kt shopee sebab seller tu takda kedai kat Shopee MY.
Top 3 tempat Paie beli stationery, 3 kedai ni memang Paie dah beli more than once la.
1. Winzige (China)
2. Mohamm (China)
3. Lootersbox (Melaka)
Paie tak susun by ranking pun. Tapi personally, Paie prefer Winzige first sebab harga dia yg murah and dia pos cepat (lepas place order, berapa jam lepas tu dah ready to ship), then Lootersbox, sebab dia dalam negara ja and dia memang laju, kalau order harini, esok tu insyaAllah boleh dapat dah. Last sekali baru Mohamm tu, Mohamm tu harga murah dah, tapi tula, kalau ampa jenis macam Paie, jenis scroll sampai product lama2 semua tu, then expect lambat sikit la depa nak pos. Kalau ampa pilih yg new arrival product, insyaAllah cepat la depa pos. Anggaran untuk dari China ni 1-2 minggu jugak la nak sampai ke rumah, jadi kena banyak bersabar.
Next, insyaAllah Paie nak try beli dari Aliexpress pulak. Dah list dah kedai2 femes yang youtubers ni semua beli, hahah. Nanti bila dah sampai barang2 paie dari Aliexpress tu, Paie maybe akan tulis lagi post to show differences between Shopee and Aliexpress.
Until then, take care everyone. Stay safe, stay at home :)
Comments
Post a Comment