Assalamualaikum semua,
Harini 2nd day aku kena home quarantine. Jujur cakap, bosan nak mampus. Lol. Sebab tahun lepas masa PKP first tu, aku duduk rumah sewa lagi, and aku still boleh keluar beli barang rumah apa semua sebab aku duduk rumah sewa kan. Then lepastu pun aku still boleh keluar even aku wfh, occasionally aku akan keluar pergi Giant carik barang ke kudap-kudap ke, ni takleh keluar langsung wehhh...
So aku pun carilah aktiviti yang aku boleh buat untuk menghilangkan rasa bosan aku ni. Jadi aku pun teringat, aku nak buat washi tapes sample untuk washi tapes collection aku yang banyak tu. Aku tak sure banyak mana washi tapes aku (takpernah kira), tapi dalam 3-tier container tu, dah penuh, and ada lagi yang tak muat masuk dalam.
Ni last year punya gambar |
Boleh dikatakan aku ambik masa seharian jugak lah nak siapkan buku ni. Hahaha. Washi tapes yang ada atas meja ni semua washi tapes yang tak muat nak masuk dalam container tu 😢😢😢. Aku mungkin masukkan dalam kotak and label je, malas dah nak beli container. Hahah.
So selepas sehari duduk gigih menggunting dan main lekat2, buku washi tapes sample aku pun siap.. hehehe.
Nah, aku belanja sikit dalam video ala-ala video tiktok ni, video quick flip through:
Ada hikmah jugakla kena home quarantine ni, aku buat jugak benda yang aku nak buat sekian lama, selama ni aku tak start sebab aku rasa macam benda ni renyah, akan makan masa aku banyak, etc. Tapi bila aku dah takleh keluar mana, no choice, buatlah aktiviti yang membuatkan kita terasa masa berlalu (ahh gitu).
Esok mungkin aku nak de-clutter walking wardrobe aku tu (wah, begitu productive ye si Paie sejak quarantine ni.. hahaha).
Okaylah, sampai sini dulu aku tulis. Jumpa lagi next time (probably soon, depends on how bored I am). Jaga diri semua #KitaBelumMenang
Salam sayang, Paie.
Comments
Post a Comment