Hi semua ~
So seperti yang dijanjikan beberapa bulan yang lalu... aku akan buat comparison antara shopping experience aku kat Aliexpress dengan kat Shopee.
1. Delivery Time - Shopee
Okay so to be fair, aku compare Shopee shop China dengan Aliexpress lah. Kalau local tu is not apple to apple comparison.
Shopee menang sebab paling lambat aku terima parcel aku is 2 minggu. Aliexpress pulak paling cepat aku terima dalam 2 minggu, dan paling lambat hampir 3 bulan.
Ada orang cakap my first order tu salah timing sebab masa tu China tengah bercuti. China ni dia tak banyak public holiday macam Malaysia. So masa CNY tu dorang package cuti CNY + Hari Kemerdekaan dorang, jadinya dorang akan cuti up to 3 weeks. Akan tetapi, this theory tak berapa tepat sebab aku order lepas they back to business pun sama je lembab nye. lol
2. Price - Shopee
Yep, Shopee menang. Aku jumpa product yang sama, dari kedai yang sama, tapi platform berbeza, harga dia jauh beza sangat. Contoh aku ambik dari kedai Mohamm, kat Shopee ada kat Aliexpress pun ada. Kat Shopee dia jual RM4.50, kat Aliexpress $4.35, berbeza bukan ?
Aku rasa dorang letak harga mahal kat Aliexpress sebab Aliexpress ni target customer dia global, Shopee MY pulak target kat rakyat Malaysia je. Aku rasa kalau dia letak harga $4.35 pada product tu kt Shopee, confirm ramai taknak sebab mahal. Tapi orang dari US, UK, negara yang nilai matawang tinggi ni, dorang akan rasa benda tu murah - inilah target market Aliexpress.
3. Choices - Aliexpress
Dari segi pilihan barang, Aliexpress menang. Sebab serious cakap, kalau kau rasa Shopee tu semua benda ada, try la Aliexpress, apa je takda ? Maybe sebab banyak seller China yang buka kedai kat platform Aliexpress jadi kita ada banyak pilihan dari lebih ramai seller.
And usually aku purchase from Aliexpress ni benda2 unique yang aku takleh nak jumpa kat Shopee, baru la rasa berbaloi purchase tu dari segi duit and masa nak menunggu parcel tu sampai.
4. Checkout process - Aliexpress
Aliexpress menang sebab dia boleh max checkout 100 items sekali checkout, Shopee pulak, dulu dia bagi check out 20 items sekali check out, sekarang 15 ja barang sekali checkout.
Yela Shopee, ridiculous kot, beli barang dari kedai sama, kalau lebih 15 barang kena checkout dua kali, lepastu parcel tak sampai sama waktu lak tu, sakit hati je.
5. Coins - Shopee
Dekat Shopee, kita ada option untuk redeem semua coin yang kita ada (boleh jimat banyak ooo) sekali check out. Tapi untuk Aliexpress, dia cuma kasi redeem 5 coins(~ $0.10) je sekali checkout, dalam 50 sen camtu je jimat, even kau ada coins banyak sekali pun, so macam tak berapa function la coin dia tu. lol
6. Shipping Fee
Yang ni, aku taktahu nak kasi siapa menang, sebab both pun ada kelebihan and kelemahan sendiri. Untuk Shopee, plus point dia, kalau beli atas RM15, boleh guna voucher untuk buang shipping fee.Tapi kalau kau beli barang RM1, shipping RM5, macam tak kena pulak kan ?
Aliexpress pulak, kita boleh beli barang dengan NO SHIPPING FEE. Yes, you read it right, takde shipping fee even kita beli satu batang pensel sahaja. Akan tetapi... haa the downside nya adalah, ada shop yang, dia buat, ada barang free shipping, ada barang tu ada shipping fee. So kadang kita tak check/tak sedar, kita bayar shipping fee lebih banyak dari harga barang. Even kita beli banyak barang dari kedai tu, dia TAK AKAN sekalikan shipping fee. Contoh kau beli 3 barang, 1 shipping free, 1 shipping RM5, 1 shipping RM3, jumlah shipping kau RM8, how ridiculous is that ? Padahal semua tu datang dalam satu parcel jugak, nak kata dia put extra protection kat item yang dia charge shipping fee tu, tak jugak. Ni aku cakap based on experience sendiri la.
So itu je kot comparison yang aku boleh share dengan korang. Akhir kata, berbelanja lah dengan berhemah dan jadilah pengguna yang bijak.
Sampai sini dulu. Jumpa lagi di lain hari
Salam sayang, Paie.
Comments
Post a Comment