Goodbye 2022, onto the next adventure in 2023

Assalamualaikum dan ello semuanya. 

Sengaja aku pilih hari terakhir dalam bulan 12 tahun 2022 ni untuk aku tulis entry ni.., walaupun sebenarnya aku bukanlah larat sangat nak menaip sebab harini aku ada family day sebelah mak aku, and aku teramat lah letih sebab aku event organiser. Tapi kalini aku bukan nak cerita pasal family day pun, aku nak cerita pasal ujian aku dalam tahun ni. 

Bulan lepas, bulan November 2022, aku decide nak pergi medical checkup and cancer screening sebab aku selalu rasa tak sihat. Aku kerap sakit, demam, sesak nafas, tapi bila pergi klinik, doktor bagi ubat tahan sakit ja. Makan painkiller memang la sakit tu hilang sekejap tapi punca taktau. 

Dipendekkan cerita, aku pun decide stay kat Selangor 2 minggu untuk buat medical checkup ni, senang sikit nak pergi sana apa semua, sebab result akan keluar dalam masa seminggu. Disebabkan nature kerja aku yang boleh work from anywhere as long as kau ada laptop n internet, benda ni bukanlah masalah besar pun. 


Lepas seminggu pergi ambik darah and checkup tu, kitorang (aku n kawan aku) pun pergilah balik UiTM Private Specialist Centre (PISC) tu untuk ambik result. Nervous jugakla tapi aku rasa okay kot, maybe aku yang paranoid ke kan. Memula kawan aku masuk then dia macam okay je, so aku pun macam aku okay gak kot. hahaha. 

Masuk je bilik doktor, doktotr tu suruh aku duduk dulu sementara dia nak sediakan file2 perubatan aku. Dia belek2 komputer dia .. Lepastu mukadimah soalan dia buat aku rasa dunia aku ni seakan2 terhenti.. “Saya nak tanya, family ada yang ada history cancer ke?” Aku masa tu macam terdiam sekejap, lepastu aku cakap “takda”. Then dia tanya lagi “boleh saya tahu, awak datang checkup ni sebab apa ya ? Rasa sakit yang macamana?” aku tak jawab tapi aku tanya dia balik “kenapa ya doktor?” Doktor tu pun tunjuk la screen computer dia kat aku, lepastu dia explain.. “Based on your blood test and cancer screening result, you actually ada Leukemia” Habis ja ayat tu, aku rasa telinga aku pekak sekejap dari dengar ayat seterusnya. Lepastu dia cakap pasal ubat blablabla. Aku ingat dah habis la kan.

Lepastu dia tarik xray pulak, tunjuk kat aku. “Okay, based on this chest xray, you ada Cardiomegaly, where your heart is enlarged, not normal in size. You selalu stress ke ? Selalunya condition ni jadi sebab you selalu berada dalam hypertension state” Aku ohh kan aje. Tak dinafikan kerja aku agak stress (dept sebelum ni), tapi tak sangka pulak sampai mengundang penyakit macam ni. Lepas doktor tu explain macam2, aku keluar. 

Member kat luar dah tanya “cane Paie? okay tak?” aku angguk je. Aku ni jenis pendam sikit, malas nak tunjuk sedih kat orang, segan sebenarnya. Lepastu dia kena masuk balik jumpa doctor untuk ambik mc and referral letter. Then farmasi panggil nama aku ambik ubat, 3 bulan stock ubat weh. HAHAH. Kawan aku masa tu macam dapat detect something wrong la. Yela, kalau semua okay takkan aku kena ambik ubat kan. Lepas bayar ubat tu, aku cakap kat kawan aku, aku nak gi berak, pastu aku masuk tandas, mengalir ya airmata. Dalam sekelip mata ja aku rasa dunia aku ni akan berubah. Habis ja nangis aku basuh muka and keluar buat rilek depan member. 


Lepastu masuk dalam kereta, aku bagitahu jugak la kat dia apa benda yang doctor cakap tu. Tapi muka still maintain relax, hahaha. Depan2 member kena control tough sikit.

Tak lama lepas tu, aku pun balik la ke Perlis. Bila cerita kat parents aku, keluar lagi airmata aku. Fragile sungguh masa tu. Macam diperah2 airmata aku keluar. Tapi abah dengan mama memang parents terbaik yang Allah utuskan untuk aku. Depa cakap kat aku, jangan patah semangat, kita usaha, kita berubat, sampai sembuh insyaAllah

Tipulah kalau kata aku tak down, aku down gila kot, rasa macam kenapalah aku yang kena, besar mana la dosa aku sampai kena uji sampai macam ni. Tapi lepastu, aku istighfar banyak2. Then aku teringat buku ni


Buku ni, aku guna untuk tulis semua kemahuan aku, kecik ka besar, mahal ke murah, dan bila ada duit, aku beli. Jadi aku tengok, wishlist aku untuk 2022 sahaja, alhamdulillah semua aku mampu tick. mampu miliki. Terus rasa macam Ya Allah, banyak nikmat aku dapat tapi bila Allah uji aku, aku terus mengeluh seolah-olah aku lupa segala nikmat yang aku dapat ni.

Jadi entry kalini, aku nak mengimbau kenangan2 manis dan checklist aku yang berjaya ditunaikan Jan - Dec 2022 ni. Bismillah.

January 2022



Finally pasang Fibre lepas almost 2 tahun WFH guna broadband yang kejap laju kejap slow. Alhamdulillah satu family aku benefit bila aku pasang fibre ni, mak abah nak dengar ceramah pun laju, adik2 aku nak masuk kelas pun takda masalah line disconnected ke apa. 

February 2022



Beli Samsung Tab S7 sebab masa ni takda tablet untuk aku belajar (untuk ambik cert), so pikir, kalau ada tablet, senang sikit aku nak belajar and takyah usung buku and print slides. 

March 2022



Finally aku dapat beli juga speaker merangkap mini karaoke machine dari Divoom ni. Bendani memang aku usha dari tahun lepas lagi tapi kita tulis dulu lah, sebab taktau bila duit nak jatuh dari langit kan.


Bulan march jugak aku dapat keluar staycation dengan kawan2 degree aku, jalan2 sekitar KL, buat aktiviti macam2, playing tourist. Alhamdulillah.

April 2022



Bulan April, aku jual Tab S7 aku sebab aku rasa macam susah nak sync dengan phone, yelah, pakai iphone, so nak transfer notes semua susah sikit la, bukan takleh, boleh, tapi leceh. So lepas jual tab tu, aku beli iPad, sekali dengan accessories dia lah, another checklist checked! Alhamdulillah. Selalu tengok je orang unboxing, finally dapat unboxing sendiri punya.

May 2022



Sebelum ni aku pakai jam Garmin Vivoactive 4, lepastu tahun ni dia dah start bengong (yela dah 4 tahun), and eventually meninggal dunia secara rasminya. Disebabkan aku dah biasa pakai smartwatch, dia jadi kekok untuk pakai jam biasa, sebab I enjoy features yang ditawarkan oleh smartwatch berbanding jam biasa yang hanya tunjuk masa. Lepas berfikir, aku pun beli lah jam TicWatch Pro 3 ni, ataupun senang Google OS watch. Happy betul masa ni sebab finally yeay ada jam yang banyak fungsi. Hahaha


Bulan May ni jugak aku ada rezeki lebih untuk beli magsafe powerbank dari Anker. Dari nak beli 1 je pada mulanya, memang rezeki lebih betul, aku dapat beli 2, and aku memang utilise usage of these powerbank sehabisnya sebab dia ringan, wireless, and berkualiti.

June 2022



June. Bulan birthday. Lepas aku fikir secara mendalam, aku akhirnya checkout jugak Polaroid building bricks ni kat Shopee. Yela, nak beli yang betul, lambertt lagi, so kita beli la yang mainan dulu. 


Another thing aku bersyukur sangat, masa bulan Jun ni, satu impian aku nak dapat surprise delivery tercapai! Someone really understood the assignment, my fav cake and chocolate. Thanks love ……❤❤ Tak sempat aku nak check in, tiber dapat call kata surprise delivery kat lobi hotel. Alhamdulillah. 

July 2022

Aku rasa dalam banyak2 bulan, bulan July ni lah Allah bagi aku rezeki terpaling banyak melimpah sampai aku mampu buat banyak benda.


Antaranya, aku mampu checkout Stojo bottle, cup, dengan bowl ni, yang aku dah peram kat cart Shopee lebih setahun ! Lama kan 


Lepastu, aku finally tukar tinted kilang kat kereta aku lepas 5 tahun aku pakai kereta tu, no more kereta akuarium eh. Hahaha. Happy je aku tengok kereta aku kat kedai tinted tu, smart gila. Nampak macam Proton Persona. Eh


Then selain tu jugak, aku upgrade dari Google OS watch kepada Apple Watch, untuk enjoy Apple ecosystem secara keseluruhannya, gituu (alasan nak membazir). hahaha


Aku jugak mampu beli new mirrorless camera. Mulanya aku cuma nak beli Sony ZV-1, tapi sebab tengok macam Sony ZV-E10 ni better sebab boleh tukar lens, terus aku beli Sony ZV-E10, siap dengan zoom lens lagi. Nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan ?


Lastly, yang paling buat aku sebak, aku mampu bawak my family pergi bercuti, ditaja sepenuhnya beserta duit poket sekali aku bagi. Ni paling aku bersyukur, dapat tengok family makan sedap2, enjoy pergi bercuti rehatkan minda, bonding time. Alhamdulillah Ya Allah. Yang bestnya, aku ada camera cantik untuk ambik gambar kenangan, weee

August 2022



Bulan kemerdekaan, dan jugak bulan dimana Department aku decide untuk buat program “Back to office for one whole week”. Adeh. Elok2 duduk rumah kena masuk ofis, takpelah, seminggu je kan. hahah. Kenapa aku bersyukur ? Sebab urusan aku mudah masa ni, cari hotel and duduk hotel yang selesa and berpatutan selama seminggu. 


Lepastu syukur jugak finally dapat berjumpa face to face dengan kawan2 ofis yang selama ni tengok kat Teams meeting je. hahaha. Lepastu hari2 ada je orang belanja makan. Tak boss, PO belanja, murah rezeki betul

September 2022



Bulan September, aku dapat staycation lagi dengan kawan2 degree aku, tapi kalini kitorang punya destination dekat Penang pulak. hahah, tukar angin. Alhamdulillah semua tempat kitorang plan nak pergi, kitorang dapat pergi.


Lepastu bulan September jugak aku finally dapat tukar ganti TV aku yang dah rosak sebulan (tiba2 takda gambar). Dapat beli yang lebih baik (dan lebih besar) lol

October 2022



Bulan October, pertamanya aku bersyukur sebab dengan sedikit kepakaran yang aku ada, dan selebihnya pandai2 buat pakar, aku berjaya repair pam mesin basuh mak dan berjaya membantu mak berjimat dari membeli mesin basuh baru dan cuma spend RM35 untuk beli pam baru. 


Selain tu, aku punya medal dan kit untuk run Lambo pun sampai. Lama weh aku tunggu benda ni, akhirnya sampai jugak dia. 

November 2022



November ni boleh katakan bulan sedih la kan sebab dapat berita mengejutkan tu. Tapi walaupun ada sedih, ada jugak gembiranya. Setelah plan more than half year, aku akhirnya beli jugak Nintendo Switch OLED, upgrade dari V2 aku. Memula nak beli yang biasa je, tapi tengok yang Pokemon version ni nampak cun gila, so beli jelah yang ni.

December 2022



December dan pengakhiran tahun. Aku dapat rezeki lebih untuk beli games Switch baru. Yelah, takkan console je baru, games pun kena la baru kan 😝 Dapat la beli sikit2 buat tambah collection sedia ada.

Aku rasa itulah antara achievement/milestone aku untuk 2022. Banyak weh nikmat Allah bagi. Tujuan aku post ni bukan nak menunjuk aku ni mampu beli ke apa, ramai lagi mampu dari aku. Tujuan aku ni untuk diri aku sendiri, seandainya aku mempertikaikan lagi takdir, aku harap aku akan baca ni dan sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan Dia yang tak terhingga. Ya Allah, ampunkanlah kekhilafan kami selama ini. Semoga Allah memudahkan semua urusan kita dan semoga kita semua sentiasa diberkati dan sentiasa dalam lindunganNya.

Jumpa lagi 2023. InsyaAllah.

Comments